≡ Menu

Tentang Pelaburan Emas

Kemaskini carta: 17 Oktober 2018

1. Harga emas pasti turun naik. Sebab emas ialah komoditi. Biasalah harga komoditi turun naik macam carta di atas.

2. Apa yang luar biasa adalah apabila tuan berharap harga emas sentiasa naik dan tidak akan turun-turun. Maka, apabila mahu terlibat membeli komoditi, jangan berperangai dengan perangai tidak normal seperti itu. Yang lebih luar biasa, percaya emas ada aliran tunai.

3. Harga emas di Malaysia pula ada kaitan langsung dengan pasaran matawang RM / USD. Harga emas dunia turun, boleh jadi harga emas tempatan naik.

4. Apabila harga emas dunia jatuh, tiada siapa dapat tahu adakah harga emas akan terus jatuh atau akan naik semula. Itu kerja nujum Pak Belalang. Apakah yang menyebabkan tuan risau dengan  kejatuhan harga emas jika tuan yakin dengan analisis tuan ?

5. Oleh sebab itu ramai tercari-cari cara paling power nak buat untung dengan emas. Cara buat duit dengan emas. Teknik buat untung emas dengan ar-Rahnu. Sedangkan jawapannya sudah ada iaitu buy low, sell high.

6. Tetapi persoalan buy low, sell high ini tidak cukup. Persoalan yang saya suka fikirkan adalah, adakah harga emas dah jadi “murah” sebab harga dah jatuh?

7. Saya tak tahu sekiranya harga emas dah jadi murah. Sebabnya, murah jika dibandingkan dengan apa? Murah dibandingkan dengan harga awal tahun? Atau murah dibandingkan dengan harga Honda City ? Atau murah dibandingkan dengan coklat Mars?

8. Ini disebabkan emas tidak ada memberi pendapatan berbentuk aliran tunai. Siapa beli emas 100g, lepas emas tu keluar dari peti besi penjual, emas 100g tu masuk pula dalam peti besi pembeli. Itu sahaja. Bukan boleh buat apa pun. Lepas belek-belek, cium-cium dan usap-usap, kita simpan semula. 10 tahun simpan, macam tu sahajalah.

9. Justeru, kita tidak dapat mengira intrinsic value emas sebab emas tiada pendapatan. Jadi tak boleh nak kata harga emas dah murah jika dibandingkan dengan intrinsic value sebab emas memang tiada intrinsic value.

10. Sekiranya saya ada duit lebih, saya ada 3 pilihan:

i) Beli barang kemas untuk dihadiahkan kepada isteri, atau,
ii) Laburkan semula dalam bisnes, atau,
iii) Beli bisnes orang lain.

Kalau ada individu nak beli emas banyak-banyak dan simpan sahaja, itu dia punya pasal.

Penulis: Suzardi Maulan, IFP, juga lebih dikenali sebagai Pakdi. Budak Jawa hensem yang bantu busy professionals ada cukup duit untuk retire.