≡ Menu

Takde Masa Nak Labur Saham Sendiri?

Tak melabur duit dalam saham, nanti nilainya habis dimakan inflasi. Tapi sebab sibuk kerja tak sempat nak urus pelaburan saham sendiri. Ada tak penyelesaiannya?

Jawapannya ada. Tapi sebelum tu mari kita tengok dulu apakah yang perlu dibuat sebelum kita melabur dalam pasaran saham.

5 Persediaan Sebelum Melabur Saham

  1. Aliran tunai setiap bulan positif. Pastikan duit masuk ke dalam poket mesti lebih dari duit keluar.
  2. Sudah buat tabung kecemasan. Simpan dalam akaun simpanan tetap, Tabung Haji atau ASB yang mencukupi untuk menampung 6 bulan perbelanjaan.
  3. Simpanan haji. Buat pendaftaran haji & dan pastikan simpanan haji berjumlah 10 ribu ringgit sentiasa ada dalam akaun Tabung Haji.
  4. Tahu profil faraid. Supaya kita tahu siapa yang dapat diberikan amanah sekiranya kita meninggal dunia nanti. Ajal tak kira usia.
  5. Perlindungan takaful. Sediakan payung sebelum huang. Paling kurang dah ambil term takaful yang murah-murah.

Maka selepas dah buat persediaan macam kat atas tu barulah kita memulakan perjalan sebagai seorang pelabur saham.

Mulakan Dengan Perancangan Pelaburan (Investment Plan)

Upah seorang licensed financial planner untuk buat satu perancangan pelaburan. Duduk sama-sama dengan beliau dan bincang pasal hala tuju pelaburan.

Ini penting supaya kita mempunyai satu peta pelaburan yang dapat sampai ke destinasi dengan selamat. Bukan sekadar ikut orang melabur. Ramai pelabur langsung tidak mempunyai apa-apa perancangan pelaburan. Ikut trend sahaja.

Kesilapan utama ramai pelabur ialah nak kejar untung dulu. Sedangkan perkara paling penting ialah cari cara elak rugi dulu. Pokok bila akar dah rosak, tak berbuah lah. Begitulah pentingnya pastikan urus risiko dulu dalam perancangan pelaburan.

Akaun Mandat Persendirian

Bagi mereka yang sibuk dengan kerjaya dan tak ada masa nak urus saham sendiri melaburlah melalui akaun mandat persendirian (private managed account).

Akaun mandat persendirian adalah berbeza dengan pelaburan unit trust. Pelaburan unit trust tidak membolehkan pelabur membeli saham secara terus di Bursa Malaysia kerana pelabur hanya membeli unit-unit berdasarkan nilai aset bersih (NAB).

Manakala akaun mandat persendirian, sekiranya pelabur mempunyai modal 100 ribu, maka licensed fund manager dapat melaburkan modal tadi terus ke dalam pasaran saham berdasarkan perancangan pelaburan yang telah dibuat tadi.

Bezanya dengan akaun CDS yang dibuka oleh pelabur do-it-yourself (DIY) dengan syarikat broker. Manakala akaun mandat persendirian dengan asset managemet company.

Modal Pelaburan

“Hotel room with private pool”

Iklan yang kita tengok di Trivago. Agak-agaknya bilik hotel, resort yang ada private pool ni mahal ke murah nak banding dengan bilik biasa? Begitulah juga dengan akaun mandat persendirian – private mandate.

Oleh kerana akaun tu khas duit kita sahaja, tak campur dengan pelabur lain, maka modal permulaan yang diperlukan adalah tinggi, tak macam pelabur DIY melalu akaun CDS yang boleh bermula dengan modal beberapa ratus sahaja.

Saya secara peribadi menerima klien untuk akaun mandat persendirian ini yang mempunyai investable asset sekurang-sekurangnya 100 ribu ringgit tunai. Manakala untuk pelaburan skim pelaburan ahli KWSP pula, klien perlu dapat membuat pengeluaran sekurang-kurangnya RM 50 ribu ringgit.

Sekiranya tuan puan berminat, sila hubungi saya dengan mengisi form di bawah untuk mendapatkan sesi percuma initial assessement secara online sahaja.

Penulis: Suzardi Maulan (Pakdi), penulis Nota Tutorial Saham. Kalian yang mahu memulakan pelaburan saham sendiri, sila klik sini: Tutorial Saham