≡ Menu

Siapakah Perancang Kewangan Berlesen?

Perancang kewangan berlesen (licensed financial planner) adalah individu yang mewakili kita sebagai klien. Berbeza dengan ejen, perancang kewangan berlesen tidak mewakili mana-mana syarikat kewangan seperti unit trust atau insurans / takaful.

Di Malaysia, ada dua jenis lesen. Licensed financial planner yang berlesen di bawah Suruhanjaya Sekuriti (SC) Malaysia. Juga dikenali sebagai financial planner representative (FPR).

Kedua ialah, financial adviser representative (FAR) yang berada bawah seliaan Bank Negara Malaysia (BNM).

Perbezaan antara keduanya ialah autoriti seorang FPR ialah dalam hal ehwal pelaburan. Autoriti seorang FAR adalah dalam hal ehwal insurans / takaful.

FPR tidak semestinya seorang FAR dan sebaliknya. Tetapi ramai FPR yang juga adalah seorang FAR.

Lesen Untuk Praktis Sebagai Perancang Kewangan

Masih wujud kekeliruan antara persijilan dan lesen dalam perancangan kewangan.

Semua perancang kewangan mesti ada salah satu dari sijil-sijil profesional berikut:

Tetapi bukan semua orang yang ada sijil-sijil di atas adalah perancang kewangan berlesen.

Seterusnya, bukan semua orang yang bercakap, menulis, memberi pendapat tentang kewangan lebih-lebih lagi dalam zaman media sosial ini adalah individu yang berlesen dalam perancangan kewangan. 

Ejen Produk Bukan Perancang Kewangan

Kekeliruan seterusnya ialah apabila membabitkan ejen-ejen produk kewangan.

Ejen-ejen produk kewangan atau broker masih individu yang berlesen. Tapi mungkin cuma berlesen untuk memasarkan saham, derivatif, unit trust, private retirement scheme (PRS) atau insuran / takaful sahaja. 

Rangka kerja mereka adalah mewakili syarikat, dan bukannya klien. Tetapi mereka juga gemar menggunakan title tertentu yang mengelirukan sehingga umum juga menganggap mereka juga adalah perancang kewangan.

Sebagai Wakil Klien, Bekerja Untuk Klien

Anggaplah perancang kewangan ini sama seperti kerjaya profesional yang lain. Misalnya doktor. Apakah doktor bekerja untuk syarikat ubat untuk jual ubat atau dia sepatutnya membuat diagnos penyakit kita terlebih dahulu?

Begitulah juga seorang seorang perancang kewangan. Prosesnya selalu bermula dengan membuat analisa cash flow. Bagaimana situasi pendapatan dan perbelanjaan seseorang klien.

Kemudian, membuat analisa harta dan beban hutang. Rumah, kereta, kad kredit, saham, unit trust dan seterusnya. Untuk mendapatkan nilai aset bersih seseorang.

Dari dua analisa asas itu tadi, maka seorang perancang kewangan membuat penilaian tentang isu-isu seperti:

  • Situasi aliran tunai
  • Nilai aset bersih
  • Perlindungan kewangan yang cukup.
  • Pelan pelaburan seperti tabung persaraan.
  • Estate planning bermula dari profil faraid.

Semua analisa untuk perkara-perkara tersebut dapat dibuat secara satu persatu atau dibuat secara serentak.

Sekiranya tidak mahu buat penilaian secara keseluruhan, maka klien dapat memaklumkan dari awal dia cuma mahukan satu analisa sahaja e.g tentang pelaburan sahaja. Tak semestinya analisa kewangan menyeluruh.

Servis Financial Advisory

Oleh kerana kekeliruan-keliruan yang disebutkan di atas, ramai yang masih pelik apabila wujud advisory fee yang dikenakan oleh perancang kewangan.

Ini kerana mereka selama ini berjumpa dengan ejen sahaja, yang mana ramai ejen-ejen yang cenderung untuk push product sahaja. 

Persoalannya, sejauh mana ‘nasihat kewangan percuma’ yang diberikan itu adalah betul, tidak bias dan client’s interest first?

Itu satu persoalan yang susah nak jawab oleh orang ramai yang tidak ada ada disiplin ilmu dalam perancangan kewangan.

Akhirnya ramai yang salah faham, salah buat dan rasa menyampah bila sebut pasal saham, unit trust, insurans / takaful, wasiat, hibah dan seterusnya.

“Nanti yang untung ejen juga!”

Situasi macam ini adalah satu yang tidak sihat untuk semua pihak. Sedangkan kita memerlukannya untuk mencapai sasaran hidup (life goals).

Semak Lesen Secara Online

Untuk mengetahui siapa yang ada lesen dan siapa yang tidak ada lesen, maka mulakan dengan membuat carian secara online menerusi laman web SC berikut:

>> Carian Licensed Financial Intermediaries

Untuk FAR pula kita dapat terus buat carian di laman sesawang BNM.

Penulis: Suzardi Maulan, IFP, juga lebih dikenali sebagai Pakdi. Budak Jawa hensem yang bantu busy professionals ada cukup duit untuk retire.