≡ Menu

Selain Hartanah & Emas Apa Lagi Pelaburan Untuk Saya?

Pelaburan hartanah. Beli emas. Kedua-duanya senang nak faham sebab kita dapat nampak bangunan rumah. Kita dapat pegang emas. Tapi bila sebut pelaburan pasaran modal, ramai masih tertanya-tanya.

Pasaran modal dikenali sebagai capital market. Semua pelaburan dalam pasaran modal diselia oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) Malaysia. Mari kita tengok apakah jenis-jenis pelaburan yang ada di sini.

1. Saham

Juga disebut sebagai pasaran ekuiti. Bila sebut saham, ramai yang takut. Tapi sebenarnya kita dah terlibat pun secara tak langsung dalam pasaran saham.

Jadi apabila ada terbaca, terdengar tentang pelaburan dalam ekuiti itu bermaksud pelaburan tadi mempunyai kaitan dengan pasaran saham.

Sebagai contoh. Simpan duit dalam Tabung Haji. Buka akaun ASB, ASB2, ASB3. Mencarum setiap bulan dalam KWSP. Tiap-tiap bulan bayar duit dalam investment-linked fund takaful. Bila kita baca dokumen-dokumen berkaitan, kita pasti terbaca yang sebahagian duit kita dilaburkan dalam ekuiti.

Untuk lebih faham tentang pasaran saham, saya telah sediakan nota-nota percuma yang dapat dibaca melalui laman web ini:

2. Bon / Sukuk

Bon merupakan kaedah untuk bisnes dapat modal secara berhutang. IOU. Sukuk merupakan bon patuh Shariah.

Pelaburan ini juga dikenali sebagai pelaburan fixed income. Ini kerana pengeluar bon / sukuk dapat membayar kupon mengikut waktu yang dipersetujui kepada pemegang bon /suku. Kupon ini kalau dalam bahasa ekuiti disebut dividen.

Seterusnya sekiranya bon / sukuk tadi dikeluarkan untuk tempoh 10 tahun, maka selepat habis tempoh tersebut maka modal yang dikeluarkan oleh pelabur tadi akan dipulangkan semula.

Belanjawan 2019 yang dibentangkan ada menyebut tentang kerajaan Malaysia akan mengeluarkan Samurai Bond. Dalam belanjawan ini, kita dimaklumkan kerajaan Malaysia mengeluarkan bon bernilai 200bilion yen (RM 7.4bilion) yang dijamin oleh kerajaan Jepun untuk tempoh 10 tahun.

Sekiranya berminat untuk melabur bon / sukuk maka boleh lah mula melayari laman sesawang BIX Malaysia (Bond + Sukuk Information Exchange).

3. Derivatif

Untuk pelabur yang sangat agresif, maka dagangan derivatif adalah sesuatu yang dapat dicuba. Awas, tak sesuai untuk semua orang.

Dagangan derivatif yang popular di Malaysia adalah Crude Palm Oil Futures (FCPO). Pasaran hadapan kelapa sawit mentah ini patuh Shariah. Tapi sebenarnya banyak lagi derivatif (banyak yang tak Shariah compliant) yang lain di pasaran. 

  • Equities
  • Financial
  • Commodities

Untuk mula faham apa itu pasaran hadapan, saya telah menyediakan nota ini:

4. Fund Management

Tiga pelaburan dalam pasaran modal yang disebutkan awal tadi kebiasaannya diuruskan sendiri oleh pelabur. Maka pelabur yang ada ilmu, masa dan kemahiran dapat melakukannya sendiri.

Untuk mereka yang tak ada masa dan pengetahuan yang secukupnya? Melaburlah dalam pelaburan-pelaburan yang dibangunkan dengan konsep pengurusan dana berkumpulan. Antaranya ialah:

5. Structured Products

Produk berstruktur merupakan pelaburan dalam aset tradisional seperti saham, bon / sukuk + derivatif dalam satu pakej.

Pelaburan dalam fixed income membolehkan pakej tadi menawarkan pulangan pelaburan yang minima. Manakala derivatif pula membolehkan pelabur mendapat lebih untung.

Walaupun begitu sebagai pelabur kita perlu faham risiko yang terlibat kerana apa-apa yang melibatkan derivatif merupakan high risk investment.

Penulis: Suzardi Maulan (Pakdi) merupakan seorang investor, financial planner & trainer – pelaburan saham untuk persaraan.