Saham Apa Nak Beli?

1. Ada lebih 900+ saham yang tersenarai di Bursa Malaysia. Jadi, mula-mula sekali pastikan kita beli saham yang patuh Shariah sahaja. Saham yang tak Shariah compliant tu kita tak payah beli.

2. Kemudian, gunakan BursaMarketPLC sebagai tempat bermula nak buat analisa saham. Jangan risau, ini adalah platform pendidikan yang disediakan oleh Bursa Malaysia sendiri.

3. Seterusnya, nak beli saham guna cara trader atau guna cara investor? Kalau nak guna cara investor, sila subscribe nota premium ini cepat-cepat.

4. Tetapkan objektif beli saham. Nak dapat dividen atau nak dapat untung kenaikan harga. Untung kenaikan harga ini juga disebut sebagai untuk capital gain. Beli satu ringgit jual balik dua ringgit.

5. Saham yang beri dividen selalunya saham-saham blue chip. Saham-saham mewah. Tapi tak semestinya. Tapi lazimnya begitu.

6. Saham-saham yang boleh naik harga melonjak-lonjak adalah saham-saham bersaiz sederhana dan kecil. Bahasa teknikalnya medium to small cap. Tengok market capitalization. Market cap < RM2 bilion.

7. Elak beli saham penny stock. Market cap < RM 200 juta.

8. Elakkan saham PN17 dan GN3.

9. Kalau tanya Warren Buffett muda, dia suruh beli saham small cap. Tapi kalau tanya Warren Buffett tua, dia akan suruh beli saham yang ‘kuat’. Saham yang macam istana yang ada kubu yang kuat.

10. Johh C Bogle pula beritahu, beli sahaja Exchange Traded Fund!

About the author: Suzardi Maulan, IFP merupakan seorang Licensed Financial Planner. Hubungi beliau di www.suzardimaulan.com