≡ Menu

Pelaburan Saham Untuk Tabung Persaraan

1. Pelaburan saham sesuai dijadikan sebagai tabung persaraan.

2. Ini kerana melalui pelaburan saham kita dapat membeli syarikat-syarikat yang ada memberikan dividen kepada para pemegang saham mereka. Dividen tak dipengaruhi dengan pergerakan turun naik harga saham.

3. Seandainya pelabur paling hebat, Warren Buffett itu duduk di Malaysia, maka dia akan sebut:

  • Kita dapat makan durian hari ini disebabkan datuk nenek kita dah tanam 20 tahun yang lepas.

4. Pokok durian mula berbuah selepas 4 tahun. Atau selepas 7 tahun. Dalam empoh 10 tahun pertama ini kalau berbuah pun tak banyak. Antara 10-60 biji sahaja.  Selepas 10 tahun, pokok durian mula menghasilkan buah yang lebih banyak. Antara 50-100 biji untuk semusim. Selepas 20 tahun, itulah hasil yang paling banyak. Antara 100 – 200 biji satu musim.

5. Begitulah saham untuk persaraan. Tanam hari ini untuk rasa hasilnya selepas 20 tahun. Jaga saham-saham tu macam berkebun, berladang. Sekali musim berbuah, sepokok keluarkan 200 biji. Makan seorang tak habis!

6. Nak makan ‘buah’ tak perlu tebang ‘pokok’ durian tu. Tunggu lah masa musim durian luruh. Itulah kelebihan saham yang menjadikannya sangat sesuai sebagai tabung pelaburan.

7. Melaburlah dalam saham secara konsisten. Buat tabung khas untuk membuat pelaburan saham. Gunakan strategi pelaburan jangka masa panjang.

8. Kalau belum sampai masa untuk bersara, maka dividen yang diterima itu kita buat tanam semula. Dah sampai masanya baru dibuat makan.

9. Saham untuk persaraan adalah satu perjalanan yang panjang. Macam-macam makhluk perosak akan muncul untuk merosakkan kebun pelaburan tersebut. Jadi kena berdisiplin sungguh untuk menjaganya.

10. Berapa jumlah yang diperlukan untuk bersara dengan saham?

  • Andaikan tuan puan nak bersara dengan 5 ribu sebulan, maka (5 ribu x 12) x 25. Maka paling sikit 1.5 juta ringgit diperlukan.

11. Kemudian dengan dividen 4 peratus setahun, maka pendapatan yang diterima ialah 60 ribu ringgit.

12. Menariknya, kalau tak pandai labur saham sendiri kita boleh dapatkan khidmat profesional dari licensed financial planner atau licensed fund manager menerusi mandat persendirian.

Untuk DIY Investor: Nota-Nota Pelaburan Saham

Penulis: Suzardi Maulan (Pakdi) merupakan seorang investor, financial planner & trainer – pelaburan saham untuk persaraan.