≡ Menu

Pelaburan Saham & Unit Trust: Apa Bezanya?

Saham dan unit trust adalah dua peluang pelaburan yang ada di Malaysia. Keduanya saling melengkapi sebab setiap satunya ada kelebihan dan kekurangan tersendiri.

1. Definisi

Saham adalah pemilikan dalam bisnes. Ekuiti. Dengan membeli saham bermakna kita telah menjadi pemilik sesebuah syarikat. Apabila sebut pasal pelaburan saham, selalunya merujuk kepada pembelian saham syarikat di Bursa Malaysia.

Unit trust pula adalah collective investment scheme yang membolehkan sekumpulan pelabur yang mempunyai objektif pelaburan yang sama untuk kumpul duit sama-sama supaya dapat dilaburkan dalam aset pelaburan tertentu.

Bergantung kepada objektif sesuatu dana, unit trust melabur dalam:

  • Saham (ekuiti)
  • Bon/sukuk
  • Derivatif
  • Hartanah
  • Komoditi
  • Cash & cash equivalent.

Jadi, unit trust pun ada jenis yang melabur dalam saham (ekuiti). Bezanya kita sebut pemilikan saham secara tak langsung. Jangan ingat bila dah melabur unit trust, pasaran saham tak ada kaitan langsung dengan bakul pelaburan kita.

2. Cara Memulakan Pelaburan

Nak beli saham, boleh buat dua (2) cara berikut:

  • Buka CDS / trading account dengan mana-mana syarikat broker atau bank pelaburan. Ini untuk mereka yang nak urus saham sendiri.
  • Buka akaun mandat persendirian dengan mana-mana syarikat pengurusan aset (asset management company). Kalau mahu bantuan dan khidmat kewangan profesional seperti licensed fund manager.

Nak beli unit trust, ada lima (5) cara:

  • Melalui unit trust consultant. Cara paling biasa.
  • Melalui bank. Selalunya bank buat cross selling dengan produk bank lain.
  • Melalui asset management company. Fund manager uruskan portfolio pelaburan unit trust kita.
  • Melalui licensed financial planner. Pakai wrap account. Untuk dapatkan financial advisory services yang skop lebih luas dari sekadar unit trust.
  • Melalui online platform. Untuk pelabur yang reti uruskan sendiri portoflio pelaburan unit trust.

3. Tempoh Pelaburan

Pelaburan saham dan pelaburan unit trust kedua-duanya dibuat dengan matlamat jangka masa sederhana ke jangka masa panjang. Tak timbul isu saham untuk short term, unit trust untuk long term.

4. Kepatuhan Shariah

Saham dan unit trust keduanya ada pilihan patuh Shariah. Ada garis panduan sekuriti patuh Shariah yang telah dibangunkan menerusi Pasaran Modal Islam (Islamic Capital Market) Malaysia.

5. Modal

Nak beli saham dengan modal 100 ringgit pun boleh. Begitu juga unit trust.

Tapi secara umumnya dengan modal RM 5 ribu, dengan saham agar sukar nak buat diversification. Manakala dengan unit trust, modal RM 1 ribu pun sudah ada diversification.

6. Strategi Pelaburan

Kita dapat beli saham dengan membaca penyata kewangan syarikat. Dengan menganalisa perkara tersebut kita dapat beli saham-saham yang bagus.

Manakala untuk unit trust, buatlah asset allocation yang bersesuaian dengan risk profile.

  • x% dalam money market fund
  • y% dalam fixed income fund
  • z% dalam equity fund

Penulis: Suzardi Maulan, IFP, juga lebih dikenali sebagai Pakdi. Budak Jawa hensem yang bantu busy professionals ada cukup duit untuk retire.