≡ Menu

Modal 100 Ribu Patut Labur Di Mana?

Ada pelbagai pelaburan dalam pasaran modal Malaysia. Laburlah di tempat yang bersesuaian dengan risiko profil dan juga matlamat yang ingin dicapai.

Saya Nak Pakai Sebahagian Duit Dalam Masa Terdekat

Ada dua pilihan:

  • Money market fund
  • Fixed income fund

Kedua-dua di atas adalah unit trust. Jauh lebih baik dari simpan dalam akaun bank biasa.

Saya Melayu Atau Bumiputera

Maka ada pilihan ini:

Berikut ialah rekod agihan pendapatan ASB untuk tempoh 10 tahun yang lepas:

2017: 7.00 + 0.25
2016: 6.75 + 0.50
2015: 7.25 + 0.50
2014: 7.50 + 1.00
2013: 7.70 + 1.00
2012: 7.75 + 1.15
2011: 7.70 + 1.00
2010: 7.50 + 1.25
2009: 7.30 + 1.20
2008: 7.00 + 1.75

Keluarga unit trust ASB adalah istimewa kerana bersifat harga tetap. Harganya tidak berubah-ubah macam unit trust yang lain. 

Nak Yang Ada Potensi Lebih Untung Dari ASB

Ada

Cuma tuan puan berani ke tak? Sesuai ke tak nak melabur di tempat macam itu. Sebab kebiasaannya sebelum dia untung, dia jatuh dulu. Sampai rasa, “Menyesal tak letak je dalam ASB,”

Tapi bila untung kita akan rasa hebat dan power. Maklumlah ASB bagi 8 peratus je dan kita boleh untung sampai 30 peratus!

Jadi nak untung lebih mesti ambil lebih risiko. Kena sanggup hadapi volatility. Kita tak ada potensi nak dapat return yang tinggi tanpa bersedia untuk expose kepada lebih risiko. Pilihannya ialah

  1. Saham
  2. Unit trust ekuiti
  3. Exchange Traded Fund (ETF)
  4. Real Estate Investment Trust (REIT)

Saya Pelabur Yang Sangat Agresif

Nak untung lagi cepat. Ada. Tapi ingat.

High risk not equivalent to high return.

Ramai orang buat pelaburan high return tetapi menghasilkan no return atau negative return!

Sekiranya tuan-puan bersedia untuk melihat RM 100 ribu tadi susut dengan banyak, ada 2 tempat

  1. Warrants
  2. Futures market – Crude Palm Oil Futures (FCPO)

Keduanya didagangkan menerusi Bursa Malaysia tetapi tuan-puan perlu membuka 2 akaun yang berbeza. Warrants dijual beli sama macam saham, perlu ada CDS akaun. Manakala FCPO pula perlu ada futures trading account dengan futures brokerage firm.

Speed memang macam Ferrari, tapi sekali terbabas memang “mahal” harganya!

Saya Nak Benda Fizikal

Apa yang disebutkan di atas melibatkan pasaran modal. Ini pula pelaburan selain dari pasaran modal:

  1. Hartanah
  2. Emas

Yeah!

Boleh pegang-pegang. Macam emas dapat cium-cium, belek-belek dan ambil gambar sama-sama. Mana boleh cium kontrak saham kan!

Saya Sibuk Nak Urus Pelaburan Sendiri 

Semua yang ditulis di atas adalah untuk pelabur do-it-yourself (DIY).

TETAPI sekiranya tuan-puan seorang yang sibuk, tak nak buang masa bermula dari zero untuk mula nak faham pelbagai terma dan jargon kewangan yang kompleks dan mahu pilih fokus kepada yang lebih penting seperti career advancement, maka tuan-puan seharusnya melantik seorang licensed financial planner untuk menguruskan pelaburan.

Licensed financial planner dapat membuat satu portfolio pelaburan berdasarkan keperluan sebenar tuan-puan. Selesai analisa keperluan, baru cadangkan pelaburan yang sesuai. Tak terhad kepada satu-satu pelaburan sahaja.

FiduciaryAdvisory. Bukan salesperson.

Licensed financial planner adalah individu yang berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti (SC) Malaysia dalam bidang financial planning.

Ramai orang guna title financial planner, financial adviser tetapi tidak mempunyai lesen yang bersesuaian. Ask for their license first!

Penulis: Suzardi Maulan, IFP, juga lebih dikenali sebagai Pakdi. Budak Jawa hensem yang bantu busy professionals ada cukup duit untuk retire.