≡ Menu

Memulakan Pelaburan Unit Trust

Pelaburan unit trust merupakan salah satu peluang pelaburan di Malaysia. Sama seperti pelaburan yang lain, nak melabur dalam unit trust kena dengan cara yang betul.

Kalau caranya betul, ada hasilnya. Jika tak betul, leburlah modal. Lebih-lebih lagi kalau dipengaruhi oleh misselling.

Salah satu tanda ada berlaku missselling ialah tuan diberitahu seperti ini, “Unit trust ni kan tuan, puan bagi return antara 10-15% setahun!”

1. Unit Trust Bukan Pelaburan Yang Confirm Untung

Pertama, kena terima hakikat unit trust ni sama seperti pelaburan lain, ada untung dan ada rugi. Tak ada apa-apa magik pun.

2. Unit Trust Bukan Pelaburan Jangka Masa Pendek

Keduanya kena sabar. Unit trust, macam saham juga, kena beri masa 3-5 tahun juga paling sekejap. Melainkan money market fund, itu lain cerita.

Untuk unit trust bila ada caj jualan 5.5%. Misal contoh, beri modal 10 ribu. Tapi lepas tolak kos jualan, tinggal RM 9,479 yang dilaburkan. Dari RM 9,479, nak breakeven fund tu naik harga sehingga ~5.8% baru jadi balik RM 10 ribu.

Kenaikan 5.8% tu tak dapat berlaku sekelip mata. Mungkin 1 tahun, mungkin 2 tahun. Dalam pasaran menaik (bull market) maka selalunya kenaikan lebih cepat berbanding pasaran menurun (bear market).

3. Apa Profil Risiko Kita?

Kita ini pelabur yang macam mana?

  • Sangat agresif
  • Agresif
  • Sederhana
  • Konservatif

4. Apa Pilihan Unit Trust Yang Ada?

Saya tak maksudkan syarikat unit trust. Macam Public Mutual, CWA, Philip Mutual, Kenanga dan seterusnya.

Juga bukan merujuk kepada agensi-agensi bawah syarikat tersebut.

Tapi saya merujuk kepada jenis unit trust. Sekurang-kurangnya mesti tahu 4 kategori berikut:

  • Ekuiti
  • Fixed income
  • Money market
  • Balanced

4. Alokasi Aset (Asset Allocation)

Seterusnya baru dapat buat asset allocation.

Apakah yang dikatakan sebagai asset allocation ? Begini.

  • x% dilaburkan dalam equity fund.
  • y% dilaburkan dalam fixed income fund.
  • z% dilaburkan dalam money market fund.

Jangan beli unit trust dengan cara ini:

  • Hanya bersandarkan past performance; unit trust fund mana yang dapat beri return paling tinggi pada tahun-tahun lepas.
  • Dimanipulasi oleh gimik marketing.
  • Sebab dipengaruhi kata-kata yang menjanjikan keputusan masa depan seperti, “Beli ABC fund, lepas 10 tahun dapat RM xxx,xxx.

Jangan melabur sebab diberi harapan, dipengaruhi manifesto, dijanjikan dapat untung 12% – 15% tiap-tiap tahun.

Cara-cara ini bersalahan dengan logik seorang pelabur bijak

5. Tahu Lima Cara Membuat Pelaburan Unit Trust

Pelabur unit trust dapat melabur melalui salah satu dari lima channel distribution berikut:

  • Melalui unit trust consultant
  • Beli dengan bank
  • Menerusi asset management company
  • Melalui licensed financial planner
  • Melabur sendiri secara atas talian e.g. fundsupermart, eunittrust

Setiap pilihan di atas mempunyai kebaikan dan kelemahan tersendiri. 

Penulis: Suzardi Maulan, IFP, juga lebih dikenali sebagai Pakdi. Budak Jawa hensem yang bantu busy professionals ada cukup duit untuk retire.