≡ Menu

Main Saham Untuk Dapatkan Income Bulanan

Soalan

Assalamualaikum,

Nama saya R, saya memang teringin nak mengikuti kursus ini, cuma saya kurang yakin adakah pelaburan saham ini betul-betul dapat menambah sedikit pendapatan bulanan saya pada masa akan datang setelah menyertai kursus.

Sebelum ini saya pernah menyertai MLM lain tapi tak menjadi. Dah beribu saya laburkan di situ, lagi pun kos untuk kursus ni pun agak mahal bagi saya yang berpendapatan sederhana ni.

Soalan: Adakah modal minimum yang perlu dilaburkan adalah 10 ribu?

Saya harap Pakdi dapat memberi komen.

Jawapan

Salam Cik Puan R,

Saya menetapkan sasaran yang realistik untuk dicapai dalam masa satu tahun. Iaitu 15% setahun. Jika dapat lebih, itu rezeki.

Maka jika mempunyai hasrat untuk menjadikan saham sebagai jalan untuk tambah income bulanan, maka perlu buat begini.

Pulangan 15% dibahagikan dengan 12 bulan = 1.25% sebulan.

Jika modal 10 ribu, maka saya memperoleh 125 ringgit sebulan. Dengan jumlah tersebut cuma dapat isi minyak kereta 2-3 kali sahaja.

Penerangan lanjut adalah seperti berikut:

  • Berapakah sasaran pelaburan yang realistik bagi Cik Puan?

Saya menjadikan pasaran saham sebagai cara gandakan duit untuk tempoh yang panjang (lebih 10 tahun) dan bukannya untuk mendapatkan income bulanan.

  • Berapakah modal pelaburan yang Cik Puan ada?

Saya menggunakan modal dari duit lebihan setiap bulan sahaja.

  • Adakah Cik Puan telah ada kemahiran membuat spekulasi untuk menjana pendapatan bulanan secara konsisten melalui pasaran saham?

Saya tidak mempunyai kemahiran seorang spekulator seterusnya tidak dapat berkongsikannya.

Jika saya mahu pendapatan bulanan dari saham, maka saya akan menjadi seorang remisier.

Bengkel, tutorial online dan sesi coaching saham yang saya kendalikan adalah untuk membantu Cik Puan menjadi pelabur, iaitu melabur dalam bisnes untuk jangka masa panjang.

Baca Lanjut: www.tutorialsaham.com

Pelabur dan spekulator adalah dua jenis manusia yang berbeza. Pelabur cuma mensasarkan pulangan antara 10% – 15% setahun. Walaupun cuma 15% setahun, bermula dengan modal 10 ribu kita dapat menjadikannya 662 ribu dalam tempoh 30 tahun.

Itu jika bermodalkan RM 10 ribu.

Sekiranya Cik Puan berjaya jumpa individu yang claim boleh dapat untung 10 peratus sebulan. Ketahuilah dengan modal 10 ribu sebulan maksudnya dia menjana untung 1 ribu sebulan.

Masalah dengan claim macam ini ialah jumlah untung setahun yang diperoleh ialah 120 peratus. Saya setakat hari ini belum pernah jumpa mana-mana orang saham dapat buat untung secara konsisten sebegitu. Apatah lagi nak jana income setiap bulan dengan modal cuma 10 ribu dengan saham.

Penulis: Suzardi Maulan, IFP, juga lebih dikenali sebagai Pakdi. Budak Jawa hensem yang bantu busy professionals ada cukup duit untuk retire.