≡ Menu

Kenapa Memilih Menjadi Kaya Dengan Jalan Riba?

Screenshot artikel di MajalahNiaga.com mengenai halal haram dalam urusan kewangan kita.

Artikel ini bermula dengan bicara mengenai riba, maksiat yang Allah dan Rasulnya isytiharkan perang. Amalan riba ini sudah sebati dalam masyarakat hinggakan kita tiada segan silu membuka akaun simpanan di bank riba, meminjam di bank riba dan seterusnya.

Berbanding dengan babi, Allah dan Rasulnya tidak pernah lancarkan perang. Namun, kalau anak kita menyumpah menyebut kalimah babi, sudah tentu kita marahi mereka seteruk mungkin. Malah, dalam filem-filem Melayu sejahat-jahat watak tidak akan makan babi! Kalau sebegitulah jijiknya kita terhadap babi dan seharusnya kita patut lebih jijik dengan amalan riba.

Kalian dapat membaca artikel pertama bertajuk Kenapa Memilih Menjadi Kaya Dengan Jalan Riba?