≡ Menu

Kenapa Kita Kena Sentiasa Belanja Kurang Dari Gaji?

Sebenarnya…

Untuk ada duit, bukan kena ada gaji besar.

Tapi belanja sebulan wajib kurang dari duit gaji.

Sebenarnya juga…

Untuk gandakan duit, bukan kena cari untung % paling tinggi.

Tapi kena cari potensi hilang modal itu paling rendah.

Spend Less Than Income

Andaikan tuan ada tunai RM 50,000 di bank sekalipun, dan pada saat itu belanja sebulan telah menyamai sebulan gaji. Maka, jangan rasa lega. Tuan sudah patut sangat berhati-hati pada saat tersebut.

Kerana sekiranya tuan membenarkan perbelanjaan setahun naik walaupun cuma RM 200 setahun dan berasa tidak bersalah menggandakan defisit pada tahun berikutnya, tindakan terlebih belanja itu dapat mengabiskan semua simpanan tuan pada tahun ke-9.

Ini kiraannya:

2010: RM 200
2011: RM 400
2012: RM 800
2013: RM 1,600
2014: RM 3,200
2015: RM 6,400
2016: RM 12,800
2017: RM 25,600
2018: RM 51,200

RM50,000 (simpanan) – RM 51,200 (belanja) = – RM1,200!

Jangan Masuk Scam!

Andaikan tuan ada RM 10,000 dilaburkan dengan pulangan 8% setahun.

Maka RM 10,000 itu dapat menjadi RM 20,000 pada tahun ke-9.

Pada tahun ke-10 tuan berasa pulangan 8% itu sikit dan lembab, maka tuan pun masuk skim cepat lingkup dengan harapan dapat untung besar dalam tempoh 1 tahun. Tetapi rupanya tersontot 50%, maka tuan kembali mempunyai RM 10,000.

Pada tahun ke-11 tuan mahu balas dendam kesontotan yang berlaku, join skim cepat lingkup lagi satu, dan kali ini tersontot 100%, maka sia-sialah usaha tuan selama 9 tahun yang pertama.

Modal tuan telah habis kesemuanya.

Penulis: Suzardi Maulan, IFP, juga lebih dikenali sebagai Pakdi. Budak Jawa hensem yang bantu busy professionals ada cukup duit untuk retire.