≡ Menu

Ke Mana Duit Gaji Pergi Tiap Bulan?

Gaji kita dibelanjakan lalu habis. Barangkali duit gaji dah dibelanjakan untuk perkara-perkara ini. Berikut ialah 3 perkara yang barangkali berlaku terhadap gaji kita.

1. Gaji Jadi Harta

Bila tuan membeli harta yang sebenar, kesan akhirnya ialah tuan terpaksa bayar zakat. Ada pelbagai jenis harta yang dapat dizakatkan. Antaranya ialah:

  • Tabung kecemasan
  • Aset perniagaan
  • Saham
  • Amanah saham
  • Emas
  • Hartanah yang disewakan
  • Harta yang disedekahkan

Tidak terhad kepada yang ditulis ini sahaja. Ini adalah sebahagian sahaja.

2. Gaji Jadi Simbol Kemewahan

Simbol kemewahan adalah kekayaan palsu. Lebih malang lagi jika simbol kemewahan itu tuan beli dengan cara berhutang!

  • Baju baru berjenama yang kita beli akhirnya lusuh.
  • Kasut kulit import yang kita beli rosak.
  • Kereta baru lama-lama mula meragam.

Simbol kemewahan sering dijadikan umpan jerat skim cepat kaya. Ini kerana kita memang mudah tertarik dengan simbol.

3. Gaji Habis Buat Makan

Al-Quran sebut, “Makan dan minumlah tapi janganlah kamu membazir.”

Makan dan minum merupakan keperluan asas seorang manusia. Namun makanlah untuk hidup dan bukannya hidup untuk makan.

Penulis: Suzardi Maulan, IFP, juga lebih dikenali sebagai Pakdi. Budak Jawa hensem yang bantu busy professionals ada cukup duit untuk retire.