≡ Menu

Dr Mohd Daud Bakar – Ulama, Penasihat Shariah dan Pakar Kewangan Islam

mdb

Datuk Dr Mohd Daud Bakar.

Anak Malaysia yang mendapat penghormatan dalam seluruh dunia kewangan Islam. Beliau merupakan seorang ulama’, penasihat Shariah dan pakar dalam kewangan Islam.

Semua orang yang terlibat dalam dunia kewangan Islam secara profesional wajib mengenali beliau. Mereka yang tidak mengenali beliau tergolong dalam golongan yang rugi lebih-lebih lagi apabila sudah terlibat dalam dunia kewangan Islam.

Pakar Shariah Yang Dihormati Ramai Pihak

Bukan mudah bagi seorang yang berbangsa lain mendapat penghormatan dari bangsa Arab, syarikat-syarikat Arab malah di kalangan penasihat Shariah berbangsa Arab sendiri. Nama beliau adalah setaraf dengan nama besar seperti Sheikh Nizam Yakubi, Dr Mohamed Ali El-Gari dan Dr Abdul Sattar Abu Ghuddah.

Alhamdulillah, saya dapat mengenali beliau secara dekat baik semasa di universiti, dunia profesional dan juga secara peribadi. Merupakan mentor secara langsung dan tidak langsung baik semasa beliau menjadi Timbalan Rektor Universiti Islam Antarabangsa sehinggalah menjadi CEO, Amanie Advisors Sdn Bhd – syarikat miliknya sendiri.

Sumbangan Di Malaysia dan di Peringkat Antarabangsa

Di Malaysia beliau merupakan (sehingga artikel ini ditulis) Pengerusi, Majlis Penasihat Shariah Bank Negara Malaysia dan juga Pengerusi, Majlis Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Duduk dalam pelbagai majlis penasihat Shariah untuk pelbagai institusi kewangan Islam di seluruh dunia. Tidak mampu untuk saya tulis satu persatu.

Orangnya soft spoken, bijaksana dan beliau bukan jenis ulama yang hanya dapat menyatakan ‘haram’ tanpa memberikan penyelesaian terhadap sesuatu isu kewangan Islam.

Low profile, khususnya di Malaysia; lebih-lebih lagi di luar lingkungan profesional dunia kewangan Islam, terlalu banyak yang beliau telah buat untuk kebaikan kita umat Islam di Malaysia untuk bebas dari riba, judi dan perkara yang haram dalam urusan kewangan seharian. Meneruskan legasi ulama terdahulu khususnya almarhum Prof Tan Sri Ahmad Ibrahim dan yang seangkatan dengannya.

Kita perlu mengambil kesempatan menadah ilmu dengan beliau dalam apa jua peluang. Jika tidak dapat hadir dalam seminar-seminar berkaitan dapatkan buku, penulisan dan kertas kerja yang beliau hasilkan seperti buku yang saya tunjukkan di atas. Jika mahu berjumpa secara peribadi, memang susahlah.

Saya berharap tuan puan telah telah mengetahui orang paling penting di Malaysia dalam hal kewangan Islam.

Terima kasih Dr Daud Bakar.

Penulis: Suzardi Maulan, IFP, juga lebih dikenali sebagai Pakdi. Budak Jawa hensem yang bantu busy professionals ada cukup duit untuk retire.