Dividen + Bonus ASB 2018

Agihan pendapatan: 6.50 sen
Bonus: 0.50 sen

Agihan pendapatan 6.5 sen + 0.5 sen bagi setiap unit dalam pasaran saham yang merudum sekarang adalah sangat baik.

Untuk perbandingan:

  • 2017: 7.00 + 0.25
  • 2016: 6.75 + 0.50
  • 2015: 7.25 + 0.50
  • 2014: 7.50 + 1.00

Bagaimana ASB dapat kekal bagi agihan pendapatan yang positif? Begini.

Andaikan tahun lepas untung keseluruhan mampu bagi 14 sen, tapi agihan yang dibuat cuma 7 sen sahaja. Jadi ada rizab 7 sen. (Angka ni contoh je)

Rizab itu digunakan untuk tahun-tahun pasaran saham yang merudum macam tahun ni.

Kredit gambar Astro Awani.


Kenyataan penuh melalui laman Facebook ASNB:

PNB mengumumkan agihan pendapatan ASB termasuk bonus sebanyak 7.00 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018.

Jumlah 7.00 sen ini terdiri daripada daripada agihan pendapatan sebanyak 6.50 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit. 

Pengiraan agihan pendapatan dan bonus adalah berdasarkan purata baki minimum bulanan pelabur bagi 12 bulan untuk sepanjang tahun kewangan ASB. 

Pemegang unit ASB boleh mula menyemak akaun masing-masing pada 2 Januari 2019 menerusi portal myASNB (www.myasnb.com.my); M2U; ATM Maybank atau di kaunter Cawangan/Ejen ASNB.

Agihan pendapatan ini bakal membabitkan pemberian sebanyak RM10.7 bilion kepada lebih 9.6 juta pemegang unit ASB. 

Ini menjadikan jumlah agihan pendapatan dan bonus terkumpul yang diberikan ASB kepada pelabur meningkat kepada RM143.1 bilion setakat ini sejak dilancarkan pada 1990. 

Sehingga 30 November 2018, ASB mencatatkan pendapatan bersih RM8.99 bilion, yang mana sebahagian besarnya diperoleh daripada dividen dan keuntungan modal daripada pelaburannya.

Pengerusi Kumpulan PNB, Tan Sri Dr. Zeti Aziz berkata, “Tahun 2018 sememangnya merupakan tahun yang mencabar bagi pasaran kewangan global dan domestik yang menerima kesan daripada normalisasi dasar monetari Amerika Syarikat dan aliran keluar dana dari pasaran baharu. Selain itu, kebimbangan terhadap ketegangan perdagangan antarabangsa juga semakin meningkat.

“Walaupun dengan cabaran ini, agihan pendapatan ASB kekal kompetitif mengatasi penanda aras yang ditetapkan, dan berada pada tahap sederhana jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya.”

Sehingga 20 Disember 2018, indeks FBM KLCI mencatatkan penurunan sebanyak 8.1%, menjadikannya empat daripada lima tahun yang mana indeks mencatat pulangan harga negatif dalam persekitaran yang mana semua pasaran ekuiti global juga telah menurun. 

Bagi tahun kewangan 2017, ASB memberi agihan pendapatan sebanyak 7.25 sen seunit terdiri daripada agihan pendapatan sebanyak 7.00 sen seunit; bonus sebanyak 0.25 sen seunit dan bonus khas sebanyak 1.00 sen seunit untuk baki pelaburan sehingga 10,000 unit.


Baca Nota Pakdi menerusi emel: