≡ Menu

Cara Simpan Duit Nak Pergi Haji

Siapkan duit cepat-cepat nak pergi haji.

Itu sebagai salah satu tanda kita bersedia nak menjadi tetamu Allah. Mudah-mudahan giliran haji kita jadi cepat sebab kita dah bersedia nak menjadi dhuyuf arrahman.

Jika kita ada duit membeli rokok, ada duit melanggan Astro sebenarnya kita sudah lebih dari mampu untuk pergi haji.

Astro: RM 50  x 12 bulan = RM 600.
Rokok: RM 50 x 12 bulan = RM 600.

RM 1,200 x 10 tahun = RM 12,000 dalam Tabung Haji. Belum masuk kiraan kompaun.

Tetapi tuan jangan tunggu ada duit sebanyak tu baru mahu mendaftar haji.

  1. Daftar sahaja haji apabila dalam akaun TH sudah ada RM 1,300.
  2. Niat, berusaha dan berdoa supaya Allah jemput pergi haji pada usia muda.

Allah swt memanggil kita menjadi tetamuNya apabila kita sudah bersedia dengan cara tersendiri. Walaupun mungkin ketika daftar haji, nombor giliran lagi 50 tahun.

Sentiasa bersedia untuk pergi haji. Jangan kerap beralasan ‘tak cukup duit’, kerana apabila sudah dipanggil ke Baitullah, pasti menjadi cukup.

“Iringilah haji dengan umrah, sesungguhnya keduanya menghapus kemiskinan dan dosa, seperti mana relau menghilang kekotoran dari besi, emas dan perak. Ganjaran untuk haji mabrur adalah syurga.”

Hadis direkodkan oleh Imam Tirmizi & Imam Nasaie.

Penulis: Suzardi Maulan, IFP, juga lebih dikenali sebagai Pakdi. Budak Jawa hensem yang bantu busy professionals ada cukup duit untuk retire.