≡ Menu

Cara Elak Rugi Dalam Pasaran Saham

Nak lawan inflasi kita mesti melaburkan duit tunai yang ada di tangan. Simpan sikit sahaja dalam tabung kecemasan, selebihnya kita laburkan.

Salah satu pelaburan tempat pelaburan yang sesuai adalah pasaran saham. Tetapi ramai yang masih takut-takut melabur dalam pasaran saham sebab takut rugi katanya. 

Saya takkan nak menipu dengan kata dalam pasaran saham tiap-tiap hari dapat buat untung. Umum tahu dalam pelaburan saham memang ada risiko rugi.

Hanya skim cepat miskin yang menjanjikan harapan palsu dengan menyatakan skim pelaburannya tidak akan rugi dan sentiasa untung.

Cuma apa yang kita perlu tahu ialah konsep rugi yang betul.

1. Rugi Akibat Inflasi 

Duit tunai habis dimakan inflasi.

10 ribu yang disimpan dalam akaun bank biasa, pada kadar inflasi 3% pada tahun ini, maka kuasa membelinya pada tahun depan cuma tinggal 9,708 ringgit. Itu baru setahun. Kalau 10 tahun simpan je tak labur, berapa agaknya yang tinggal untuk kita?

Inflasi macam bara. Api dalam sekam. Sikit-sikit duit kita terbakar. Bila kita perasan (kuasa membeli) duit kita habis, waktu itu barulah nak menangis dengan air mata darah sebab masa yang lepas tak dapat dikembalikan.

2. Rugi Atas Kertas

Beli saham harga seringgit. Sekarang harga 90 sen. Juga disebut sebagai unrealised loss.

Atas kertas sudah nampak rugi, tapi selagi mana belum jual maka rugi itu tadi masih belum berlaku dalam erti kata sebenar. 

Setiap pelabur pasti merasa saat kerugian atas kertas. Tak perlu bimbang kalau kita beli saham dengan cara yang betul. Kalau kita beli saham dengan cara hantam sajalah, ya, itu memang kena bimbang.

Tetapi keuntungan pasaran saham tidak terhad kepada untung kenaikan harga sahaja. Masih ada untung yang lain.

  • Jika harga jatuh, kita tetap boleh dapat dividen.
  • Harga tak bergerak sekalipun, kita tetap boleh dapat dividen.
  • Jika ada aktiviti korporat tertentu, tuan boleh dapat keuntungan seperti dividen istimewa, unit saham tambahan, warrant percuma dan lain-lain.

Walaupun harga saham itu berubah setiap hari ia tak beri kesan kepada pemberian dividen. Dividen diberi bukan sebab harga saham naik tetapi operasi bisnes ada untung. Pelabur dapat dividen sebab ada ekuiti dalam bisnes tersebut.

3. Rugi Sebenar

Realised loss.

Tiada pelabur yang maksum. Warren Buffett pun ada buat silap semasa melabur. Tapi rugi sekali tak bermaksud gagal.

Rugi sebenar berlaku bila kita jual balik saham tu pada harga lebih rendah dari harga beli. Semua orang benci perasaan realised loss ni. Tapi kita ni maksum sangat kah nak dapat untung setiap masa? Jadi, kena hakikat yang kita pasti ada buat silap semasa melabur.

Sebab itu dalam melabur ada konsep money management, asset allocation. Supaya kalau berlaku rugi sebenar pun, ruginya tak besar.

Rugi Tak Boleh Elak Tapi Dapat Dikawal

Dalam pelaburan saham ini sangat susah nak berlaku rugi 100 peratus. Tapi nak untung 100 peratus, 200 peratus, 300 peratus malah 1000 peratus tu tidak mustahil.

Macam mana nak kawal?

1. Melabur Untuk Long Term

Untuk short term, memang selalu berlaku rugi atas kertas. Sebab pasaran saham memang turun dan naik macam roller-coaster.

Itu memang sifat dia. Kalau kita cuba nak lawan, kita kalah. Jadi lebih baik kita tukar strategi dari nak kejar untung short term kepada nak dapat untung long term. 

Dalam setahun dua mungkin merah, rugi atas kertas. Lama kelamaan hijaulah balik tu. Rugi berubah menjadi untung.

2. Buat Kajian Saham

“Betul ke Pakdi, harga saham naik balik? Jadi boleh hold?”

Bila kita beli saham dengan membuat analisa saham yang sepatutnya. Faham yang kita beli saham ni sebab beli bisnes. (Bukan buat analisa teka harga) Bila kita beli saham dengan analisa bisnes, jadi saham yang sekarang merah-merah tu lama-lama berubah jadi hijau belaka. 

Kena lah mula belajar cara buat analisa saham yang betul. Sekadar ikut tips saham tak dapat. Untung nak, tapi melabur dalam ilmu tak mahu buat. Macam tu memang kita confirm beli saham yang jenis bila dah jatuh susah nak naik balik.

3. Beli Lah Beberapa Saham Sekaligus

Tapi bukan beli banyak sangat. Sampai nak monitor pun tak sempat.

Ramai pelabur saham yang saya reviu portoflio saham mereka, beli saham dengan cara yang salah. Contohnya ada modal 20 ribu. Semua 20 ribu tu dia buat beli satu saham je. Sebab tu panik bila harga saham jatuh.

Sepatutnya 20 ribu tu beli lah beberapa saham. Spread the risk orang Jawa panggil. Satu saham rugi 20 peratus, mungkin ada saham yang rugi sikit je. Dan confirmlah mesti ada yang sedang untung juga.

Bila kita pandai melabur dengan cara yang betul macam tu mesti jadi lebih tenang semasa melabur saham.

Penulis: Suzardi Maulan, IFP, juga lebih dikenali sebagai Pakdi. Budak Jawa hensem yang bantu busy professionals ada cukup duit untuk retire.