≡ Menu

Cara Beli Saham IPO Melalui MITI

Sekiranya mahu tahu mengenai IPO secara umum sila rujuk nota berikut:

–> Saham Initial Public Offering (IPO)

Artikel ini fokus membeli IPO melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Penglibatan bumiputera di dalam pasaran modal masih kurang berbanding dengan bangsa-bangsa lain. Atas kesedaran inilah, MITI telah menyediakan peruntukan khas untuk bumiputera bagi menggalakkan mereka terlibat di dalam pasaran saham di Malaysia ini.

miti

Langkah-Langkah Membeli Saham IPO MITI

1. Pergi ke website MITI dan klik pada Bumiputera shares pada sidebar sebelah kanan website tersebut.

bumiputera shares

2. Di bahagian ini, anda dapat lihat pelbagai maklumat dan pengumuman berkaitan IPO. Di bahagian bawah sekali ada juga maklumat berkaitan tentang IPO terbaru yang bakal diapungkan di Bursa Malaysia.

latest ipo

3.  Sepatutnya anda boleh terus isi borang maklumat anda secara online, tetapi buat masa sekarang sistem berkenaan dalam penyelenggaraan. Lihat pengumuman dari MITI.

error

Jadi anda perlu gunakan borang yang telah disediakan.

borang ipo

4. Siapa yang layak memohon?

  • Warganegara Malaysia;
  • Berstatus Bumiputera;
  • Berumur 18 tahun ke atas; dan
  • Mempunyai sumber kewangan yang mencukupi.
  • Nota: pelajar adalah tidak layak memohon.

5. Dokumen yang diperlukan untuk permohonan individu:

  • Mengisi borang IND/SP-QP07-L05 secara atas talian (online)/borang;
  • Salinan kad pengenalan/surat pengesahan status Bumiputera yang jelas;
  • Salinan akaun sistem depositori pusat (CDS) atas nama sendiri ;
  • Salinan penyata bank 3 bulan TERKINI ( transaksi berserta baki) dan disahkan oleh pegawai bank (nama & nombor staf) berserta cop bank ; dan
  • Salinan penyata buku ASB/Tabung Haji TERKINI (transaksi) dan disahkan oleh pegawai bank (nama & nombor staf ) berserta tarikh dan cop bank .
  • Surat sokongan pembiayaan kewangan (jika ada);
  • Bagi pegawai Kerajaan , sila dapatkan surat kebenaran daripada Ketua Jabatan untuk melanggan saham khas ini.

6. Selepas itu, hantar borang dan dokumen yang diperlukan ke :

Pengarah Seksyen
Pembangunan Perniagaan Bumiputera Bahagian Pembangunan Keusahawanan,
Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri

Aras 7, Blok Menara, Menara UsahawanNo. 18, Persiaran Perdana, Presint 262652 Putrajaya.

Anda juga boleh menyuruh wakil iaitu broker anda untuk menghantarkan borang berkenaan ke alamat di atas.

7. Selepas 2 minggu, keputusan akan diumumkan samada anda layak untuk membeli IPO berkenaan atau tidak. Minimum pembelian unit saham adalah 1,000 unit dan tiada had maksima. Walaubagaimanapun, jumlah yang diluluskan adalah tertakluk kepada pihak MITI.

Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat lanjut berkaitan cara membeli saham IPO ini, anda boleh rujuk remisier/dealer anda. Mereka akan membantu anda di dalam proses ini. Nampak macam susah, tapi bila baca balik step yang ditunjukkan di atas dan guidelines yang diberikan oleh pihak MITI, mudah sahaja caranya.

Sekiranya anda berjaya mendapatkan saham IPO ini, sila rujuk remisier/dealer anda untuk tindakan selanjutnya bagi tujuan pembayaran dan tandatangan.