Billionaire Ini Bermula Dengan Menjual Chewing Gum & Coke Untuk Mencari Duit

Warren E Buffett, pelabur lagenda.

Pada 2011, Forbes menganggarkan kekayaannya sekitar USD 44 bilion. Pada 2016, kekayaan dianggarkan melebihi USD 70 billion.

Beliau mengumpulkan kekayaannya dengan membeli bisnes-bisnes yang menarik pada harga murah, kebanyakannya menerusi pasaran saham. Dia ulang sampai tua. Anda juga boleh mengikut jejak langkah beliau dengan melakukan perkara-perkara ini.

1. Jual Gula-Gula Getah

Pada usia 6 tahun dia menjual pek gula-gula getah. Setiap pek dapat untung 2 sen.

2. Jual Coke

Kemudian dia menjual Coca Cola. Satu tin, untung 5 sen. Lebih menguntungkan.

3. Jual Akhbar & Majalah

Dia juga telah menjual akhbar Saturday Evening Post dan majalah Liberty ketika usia tersebut.

4. Jual Bola Golf Terpakai

Dalam usia 9-10 tahun, dia dan rakannya Stu Erickson menjual bola golf terpakai sebelum dihalau keluar oleh polis dari padang golf Elmwood Park .

5. Jual Kacang & Pop-Corn

Menjual kacang dan pop corn ketika perlawanan (American) football di University of Omaha.

6. Beli Saham Masa Masih Bersekolah

Pada usia 10 tahun, telah mempunyai simpanan sebanyak $120 (kira-kira $4,000 – $5,000 nilai hari ini) mula membeli saham Cities Service Preferred dengan menggunakan kakaknya sebagai proksi. Saham dibeli pada harga $38.25 sebelum jatuh kepada harga $27. Saham tersebut naik semula menjadi $40 dan dia menjualnya sebelum harga melonjak menjadi $202. Peristiwa ini merupakan titik tolak yang penting dalam hidupnya kerana dia mengalami “future loss” apabila bersikap tidak sabar dalam melabur.

7. Mempunyai Laluan Surat Khabar sendiri

Anda masih ingat ada orang yang naik motor menghantar surat khabar ke rumah-rumah semasa anda kecil ?

Itulah yang dibuat oleh Warren Buffett dengan mengedarkan akhbar Washington Post & Times-Herald.

8. Up-Sell Dengan Pelanggan Laluan Akhbar

Selain itu dia juga menjual kalendar serta membeli semula akhbar dan majalah lama dengan pelanggannya.

9. Failkan cukai

Pada usia 14 tahun telah memfailkan cukai sendiri dan telah mempunyai simpanan sebanyak $2,000.

10. Beli Tanah

Pada usia 15 tahun, membeli 40 ekar tanah pertanian di Thurston County, Nebraska pada harga $1,200 dan membuat perkongsian untung dengan pengusaha tanahnya.

11. Bina passive income dengan pinball machine

Pada 1946 telah memperoleh $175 sebulan, menghidupkan semula bisnes bola golf dan pada usia 17 tahun, memulakan bisnes pinball machine.

12. Pernah berjudi dan kemudian “bertaubat”

Pernah rugi sebanyak $175 dalam judi lumba kuda pertamanya. Selepas itu dia berpendapat, lebih baik buat bisnes dan melabur dari berjudi!

13. Jumpa Sifu

Pada 1950, memasuki University of Colombia setelah permohonannya untuk masuk ke University Harvard ditolak! Di situ dia berjumpa dengan sifu-sifunya, Benjamin Graham dan David Dodd.

The rest is history …


Baca Nota Pakdi menerusi emel: