≡ Menu

Bagaimana Nak Tahu Status IPO Patuh Shariah?

Status halal sesuatu IPO agak ‘tricky’ kerana ia tidak disahkan lagi oleh Suruhanjaya Sekuriti sehinggalah penyenaraiannya selesai dan selamat didagangkan.

Berikut ialah 3 panduan asas:

Panduan Menyemak Status Halal IPO

1. Sila dapatkan prospektus syarikat tersebut

Hari ini prospektus dapat diperoleh secara online (muat turun fail berbentuk PDF).

Jika tidak pasti sila berhubung dengan syarikat broker, jabatan ‘investor relations’ syarikat tersebut dan pihak berwajib seperti Bursa Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti.

2. Rujuk Syarikat Broker

Jika prospektus tidak menyatakan hal patuh Shariah, maka dapat rujuk dengan syarikat broker kerana ada syarikat broker seperti BIMBSEC yang membuat semakan awal untuk perkara sedemikian.

3. Tunggu Sampai Ada Pengesahan Patuh Shariah

Kalau masih gagal juga mendapatkan status halal IPO, maka kalian disarankan untuk tidak membelinya terlebih dahulu sehinggalah wujud keyakinan melalui pengesahan statusnya melalui Suruhanjaya Sekuriti.

Penulis: Suzardi Maulan (Pakdi) merupakan seorang investor, financial planner & trainer. Sekiranya kalian nak tahu dengan lebih banyak pasal pelaburan saham, sila klik sini: Nota Tutorial Saham.