≡ Menu

Bagaimana Nak Tahu Sesuatu Produk Kewangan itu Patuh Shariah Atau Tidak?

Produk yang dimaksudkan ialah:

  • Perbankan (deposit & pembiayaan)
  • Takaful
  • Unit Trust

1. Produk Perbankan

Di Malaysia, kita ada dua . Satu perbankan Islam, satu perbankan konvensional. Langkah pertama sila rujuk:

Jadi pastikan, akaun simpanan, akaun pembiayaan, kad kredit semuanya dari salah satu dari perbankan Islam yang dinyatakan di atas. Jika tak pasti tanya pegawai. Pastikan tick (/) pilihan perbankan Islam dan produk-produknya sahaja.

2. Produk Takaful

Untuk urusan insurans patuh Shariah, maka sila rujuk:

Maka pastikan semua quotation, ejen atau wakil syarikat adalah dari syarikat takaful yang disebutkan di atas. Malangnya, ada juga ejen takaful yang pada masa yang sama dia juga ejen insurans. Dua-dua dia jual menyebabkan tuan puan selaku pengguna jadi keliru.

3. Produk Unit Trust

Untuk pelaburan unit trust, maka tidak menjadi straight forward.

Ini kerana kepatuhan Syariah dalam pelaburan unit trust dilihat dari sudut fund itu sendiri, bukan di peringkat syarikat. Jadi sebagai panduan ringkas kebiasaannya dana patuh Shariah ada berbunyi Arab dan Islamic. Ini kerana persepsi umum Arab – Islam di Malaysia.

Cara yang paling tepat ialah rujuk sama ada:

  • Prospektus
  • Product Highlight Sheet
  • Fund factsheet

Di situ keterangan tentang sesuatu dana patuh Shariah dapat dibaca dengan lebih terperinci. Semua dana patuh Shariah mempunyai penasihat Shariah yang mana mereka akan memantau perjalanan pelaburan yang dibuat dari masa ke masa. Dan perkara ini dinyatakan dalam salah satu dari 3 dokumen yang dinyatakan di atas.

Penulis: Suzardi Maulan, IFP, juga lebih dikenali sebagai Pakdi. Budak Jawa hensem yang bantu busy professionals ada cukup duit untuk retire.