≡ Menu

Bagaimana Nak Retire Dengan 1 Juta Ringgit Di Tangan?

Ada banyak cara nak ada 1 juta ringgit di tangan. Bila dah ada, dengan dividen 4 peratus setahun dapatlah income 40 ribu setahun. Dalam nota ini saya kongsikan satu cara yang ada.

Mula-mula kena sediakan modal sebanyak 100 ribu ringgit. Kenapa kena ada modal banyak tu?

Ini kata Charlie Munger, business partner Warren Buffett.

Accumulating the first $100,000 from a standing start, with no seed money, is the most difficult part of building wealth. Making the first million was the next big hurdle. To do that a person must consistently underspend his income. Getting wealthy, he explains, is like rolling a snowball. It helps to start on top of a long hill—start early and try to roll that snowball for a very long time. It helps to live a long life (2003)

Cara Kumpul Modal Sampai 100 Ribu

Ada banyak cara nak kumpul 100 ribu sebagai modal pelaburan. Antara caranya ialah simpan 1000 ringgit sebulan selama 7 tahun dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB).

Modal: RM84,000
Untung: > RM16,000

Dari 100 ribu pertama tu, 84 peratus daripadanya ialah hasil simpanan dan bukannya hasil pelaburan.

Macam Mana Nak Dapat Simpan 1000 Ringgit Sebulan?

Kerja.
Bisnes part-time; buat sales.
Kerja rajin-rajin sampai dapat naik pangkat cepat.
Tangguhkan beli telefon mahal.
Kerja betul-betul biar dapat naik gaji.
Kurangkan minum kopi mahal.
Tak beli kereta baru.
Sabar.
Tak bagi pinjam duit dekat kawan.
Habiskan hutang kad kredit.

Ya, tak senang nak buat. Bukan semua orang dapat buat. Tepuk dada, tanya diri. Nak jadi kaya ke tak mahu?

Apa Yang Berlaku Lepas Dah Ada 100 Ribu

Gaji mesti dah naik lepas 7 tahun. Bisnes mesti dah makin kencang kalau dapat bertahan sampai 7 tahun.

Jadi teruskan simpan 1000 ribu sebulan, cuma kali ini 100 ribu tadi tukar tempat. Laburkan di tempat lain pula. Katakan labur dalam Exchange Traded Fund (ETF).

Seandainya pulangan yang diperoleh ialah 8 peratus annualized, maka selepas 20 tahun seterusnya

Modal: RM340 ribu
Untung: > RM660 ribu

Selepas 27 tahun sudah ada RM 1 juta di tangan sebagai tabung persaraan.

Penulis: Suzardi Maulan (Pakdi) merupakan seorang investor, financial planner & trainer – pelaburan saham untuk persaraan.