Bagaimana Nak Buat Untung Dalam Pasaran Saham?

1. Selama 50 tahun Berkshire Hathaway (BRK) dari tahun 1956-2015, harga saham BRK telah naik sebanyak 1,826,163%. Atau, 21.6% pulangan tahunan terkompaun. Ya, tak salah tulis.

2. Strategi pelaburan yang digunakan pakai oleh Warren Buffett dan Charlie Munger adalah pelaburan berasaskan nilai (value investing).

3. Value investing menjadi satu sekolah pelaburan yang tersusun bermula dari zaman cikgu kepada Warren Buffett, iaitu Benjamin Graham. Selepas itu, muncul beberapa variasi dari idea asas value investing itu sendiri.

4. Idea asas value investing ialah membeli saham seringgit pada harga 50 sen. Buy stocks at discount price.

5. Idea seterusnya ialah membeli saham hanya selepas membuat analisa bisnes & kewangan bagi sesebuah syarikat. Ini kerana setiap saham itu ada bisnes di belakangnya.

6. Dua idea asas ini memerlukan kita faham perbezaan antara nilai (value) dan harga (price). Price is what you pay and value is what you get.

7. ‘Masalah’ dengan value investing ini ialah strategi pelaburan ini barangkali strategi buy & hold paling lama yang perlu kita buat. Ini kerana apa satu-satu saham itu dijual pada harga diskaun, pelabur perlu tunggu lama untuk membolehkan harga itu bergerak menuju ke nilai sebenar.

8. Value investing bukan satu-satunya cara untuk membuat pelaburan saham. Cuma ia adalah cara yang paling ‘legendary’ disebabkan Warren Buffett sangat berjaya melakukannya.

9. Antara gaya pelaburan lain yang dapat kita contohi ialah seperti gaya pelaburan Phillip Fisher, Peter Lynch dan juga John C Bogle.

10. Sepanjang pengalaman saya melabur saham, cara John C Bogle adalah cara yang paling senang nak melabur saham. Just buy the market!

Penulis: Suzardi Maulan, IFP, juga lebih dikenali sebagai Pakdi. Budak Jawa hensem yang bantu busy professionals ada cukup duit untuk retire.