Asyik Rugi Melabur? Dapatkan Khidmat Pelaburan Berkonsepkan Advisory

Ramai Ingat Saya Jual Unit Trust atau Remisier Saham, Tapi Sebenarnya Macam Ini

Encik W, seorang pengurus kanan projek, nak nasihat pelaburan dari saya sebabnya dia tengah rugi lebih dari 100 ribu ringgit.

Bila En W dah setuju terma & syarat baru saya mula reviu pelaburan dia. Saya baca prospektus. Dapatkan fact sheet. Minta dokumen-dokumen berkaitan dari Encik W. Dah ada maklumat, baru dapat buat analisa pelaburan.

Rupa-rupanya Encik W dah terbeli unit trust yang tak sesuai dengan diri dia. Sepatutnya beli unit trust jenis yang lain.

Ya, unit trust ni banyak jenis. Ekuiti, fixed income, money market, balanced. Yang ekuiti je pun ada macam-macam. Kerja saya lah tu untuk pilihkan apa yang sesuai dengan Encik W.

Selain itu Encik W memang tak ada formula pelaburan langsung. Hentam sahaja. Kesannya masa market jatuh, terus terkena kerugian yang besar. Langsung tak dapat tidur malam.

Tak salah beli unit trust, tapi ramai beli unit trust yang salah. Bila dah salah beli, terus hilang peace of mind.

Saya strukturkan semula pelaburan Encik W. Ini penting supaya dapat capai sasaran kewangan.

Kemudian saya bagi formula pelaburan yang sesuai. Formula ini dicadangkan khusus mengikut keperluan Encik W. Tailor-made.

Itulah kerja saya. Tukang beri nasihat pelaburan (investment advisory) secara bebas dalam pasaran modal di Malaysia.

Khidmat Nasihat Pelaburan Secara Bebas Dari Licensed Financial Planner

Ramai dari kita bila nak melabur jumpa terus dengan ejen syarikat pelaburan.

Pada kebiasaannya akhirnya kita terus disuruh beli produk, dan bukannya melalui proses analisa kewangan terlebih dahulu. Sampai jadi menyampah kan.

Mahukah tuan puan tahu cara yang lebih baik?

Berjumpalah dengan licensed financial planner yang tidak mewakili mana-mana syarikat pelaburan.

Mereka adalah Capital Market Services Representative Licensed (CMSRL) Holder for Financial Planning.

Tapi kalau nak sebut title sebegitu jadi panjang sangat. Maka pemegang lesen ini lebih dikenali sebagai licensed financial planner atau financial planner representative.

Kebiasaannya perancang kewangan berlesen ini mewakili mana-mana syarikat perancangan kewangan berlesen bawah Suruhanjaya Sekuriti (SC) Malaysia.

Jadi sebut sahaja apa-apa pelaburan dalam pasaran modal Malaysia, seorang licensed financial planner dapat memberikan nasihat pelaburan  secara profesional.

Seorang licensed financial planner memiliki sekurang-kurangnya satu sijil profesional berikut:

  • Certified Financial Planner (CFP)
  • Islamic Financial Planner (IFP)
  • Registered Financial Planner (RFP)
  • Shariah RFP
  • Chartered Financial Consultant (ChFC)

Kemudian berdaftar dengan professional assocation seperti Financial Planning Association of Malaysia (FPAM) atau Malaysian Financial Planning Council (MFPC).

Tapi ada sijil profesional dan jadi ahli dalam professional association sahaja tak melayakkan seseorang itu jadi perancang kewangan berlesen. Kena semak dengan SC terlebih dahulu ya!

Tuan puan dapat semak senarai mereka yang berlesen sebagai perancang kewangan menerusi laman web ini:

Apa Itu Nasihat Pelaburan?

Berbalik kepada cerita Encik W ini. Bakul telur dia adalah macam ini:

  • 100% dalam fund Y, dari fund house X.

Bila tanya kenapa beli 1 fund tu sahaja, jawapannya mudah. Ejen, wakil syarikat unit trust yang bagi recommendation macam itu.

Jadi apa beza dengan recommendation seorang perancang kewangan berlesen?

Maka khidmat nasihat pelaburan tetang bakul pelaburan seseorang itu barangkali dapat jadi semacam ini:

  • 20% dalam fund 1, fund house A.
  • 30% dalam fund 2, fund house B
  • 15% dalam fund 3, fund house C
  • 20% dalam fund 4, fund house D
  • 15% dalam fund 5, fund house E

Jadi, bakul pelaburan dia tak tertumpu kepada 1 fund, dari 1 fund house sahaja. Yang mana kalau cuma ada 1 telur dalam bakul tu dan telur tu jatuh, maka memang kecut perut melihatnya. Tapi kita cadangkan beberapa telur dalam satu bakul.

Kenapa licensed financial planner dapat buat macam itu?

Sebab licensed financial planner mewakili anda, ya, tuan puan. Dan bukannya mana-mana syarikat unit trust.

Pelaburan Pasaran Modal Malaysia Tak Terhad Unit Trust Sahaja

Pelaburan pasaran modal ini banyak jenis. Bukan unit trust aje. Baca sini untuk tahu secara ringkas tentang pelaburan dalam pasaran modal:

Kerja investment advisory saya adalah untuk menjawab persoalan yang ramai orang tanya, apakah pelaburan yang terbaik? Encik W adalah salah seorang yang dah dapat jawapan untuk soalan tu.

Saya memberikan khidmat investment advisory secara bebas (independent). Bos saya adalah klien, bukan mana-mana bank, syarikat unit trust atau syarikat broker saham.

Khidmat nasihat pelaburan saya tak terhad pasal unit trust sahaja. Sebab saya tak ada unit trust nak jual. Kalau ada keperluan cadang labur unit trust sekalipun, saya tak terikat untuk cadang melabur dalam unit trust syarikat A sahaja.

Saya tak suruh orang beli saham hari-hari. Sebab saya bukan remisier saham. 

Saya sediakan formula pelaburan yang sesuai untuk setiap klien, mudah-mudahan duit mereka terus jadi berganda-ganda.

Penulis: Suzardi Maulan (Pakdi) merupakan seorang investor, financial planner & trainer – pelaburan saham untuk persaraan.