≡ Menu

Apply Personal Financing Atau House Financing Untuk Buat Rumah?

Assalamualaikum,

Pak Di,

Saya mahu membuat rumah yang berharga sekitar 350K, saya sudah ada 150K, yang balance 200Knya, yang mana lagi menguntungkan sama ada saya mengambil house loan or personal loan?

Semoga diberi pencerahan.

Terima kasih kerana meluangkan masa membaca email saya.

Jawapan

1. Soalan ini kelihatan tuan mahu membuat rumah di atas tanah kosong. Dalam kes ini, bank barangkali dapat bagi sekitar 60% sahaja dari nilai tanah untuk membiayai pembangunan atas tanah tersebut.

2. Sekiranya tuan ada aset, hartanah lain barangkali dapat buat re-finance untuk dapatkan lebihan cash.

3. Personal financing adalah lebih mahal dari membuat pembiayaan hartanah / rumah. Ia adalah pilihan terakhir, jika tak dapat membuat pembiayaan berkaitan perumahan.

4. Sebagai nota tambahan, jika beli rumah dari pemaju / sub-sale maka sudah pasti housing financing scheme. Banyak kelebihannya seperti kadar yang lebih murah dan fleksibiliti. Saya ada kongsikannya di sini; Cara Pilih Pinjaman Loan Rumah

Penulis: Suzardi Maulan, IFP, juga lebih dikenali sebagai Pakdi. Budak Jawa hensem yang bantu busy professionals ada cukup duit untuk retire.