≡ Menu

Apa Ertinya Saya Melabur Saham Sendiri?

Beli saham memang mudah. Lepas buka akaun, masukkan duit beli lah mana-mana saham. Cuma yang susah adalah nak buat untung yang konsisten dan juga menguruskan portfolio saham.

1. Kumpul Data

Di Bursa Malaysia, ada lebih 900 syarikat yang sahamnya boleh dijual beli. Jika analisa 1 hari 1 saham, ia dapat ambil masa 3 tahun.

Oleh sebab itu pelabur saham mesti ada sistem sendiri mencari saham apa nak beli? Jika tidak ada, tuan dan puan dapat mula baca nota ini:

Analisa saham bukan sekadar copy paste data kewangan dalam spreadsheet. Itu baru kumpul data. Kumpul data pun perlu tengok data yang lepas sekurang-kurangnya 5 tahun. Bukan sekadar 1 tahun.

2. Analisa Data

Lepas data-data tu dah dikumpulkan, buat kiraan. Keluar lah macam-macam financial ratio. EPS. DE ratio. Current ratio. PE ratio. NTA. Growth rate. Intrinsic value. Banyak ratio yang ada, nak analisa guna yang mana?

3. Money Management

Entah macam mana, dapat 10 syarikat yang dikatakan melepasi syarat-syarat dan jadi good buy call. Tuan kena construct portfolio saham tu.

Ada modal, nak beli berapa banyak saham? Ada modal 10 ribu tak sama caranya dengan modal 100 ribu.

Jadi kena pandai buat keputusan, sama ada patut beli semua 10 syarikat tu sekaligus atau beli 5 sahaja dulu. Atau macam mana.

4. Sabar

Lepas dah beli saham ingatkan fundamental dah bagus, harga saham mencanak naik.

Rupa-rupanya harga saham syarikat fundamentalyang dikatakan tak berapa bagus itu yang naik dulu. Naik banyak pula tu. Maka tuan kena yakin dengan analisa yang dah dibuat.

Bukan sekadar itu, harga saham yang dibeli itu pula tiba-tiba jatuh. Bukan sikit-sikit jatuh. Dekat 30% berlaku kejatuhan harga. Modal dari RM 100 ribu tinggal RM 70 ribu. Sekiranya analisa tuan itu betul, jangan cut loss.

5. Saham Jadi Tak Patuh Shariah

Saham yang dibeli itu pada mulanya patuh Shariah. Tiba-tiba Suruhanjaya Sekuriti umumkan saham tu berubah status jadi tidak patuh Shariah.

Harga saham pula baru bergerak. Ikut analisa mampu untung besar. Pada saat itu iman tuan sedang diuji. Nak utamakan potensi profit atau terus jual?

6. Menguruskan Dividen

Saham-saham yang tuan beli banyak yang beri dividen.

Tuan juga perlu ada catatan pasal semua untung hasil dari dividen yang diterima selain ambil tahu untung capital gain sahaja. Lepas dah dapat dividen, apa seterusnya?

7. Reviu Analisa

Tiap-tiap tahun syarikat keluarkan penyata kewangan. Laporkan prestasi perniagaan terkini. Kena masukkan data baru, update financial ratio, kena kemaskini analisa. Rupa-rupanya fundamental dah berubah. Tuan perlu jual saham itu walaupun saham tersebut menunjukkan kerugian dalam portfolio.

8. Bila Nak Jual Saham?

Ada saham yang dah buat untung. Nak jual ke nak hold? Kalau hold takut harga jatuh semula. Kalau jual, nak ganti dan beli dengan saham yang mana pula?

Ada Masa Untuk Buat Semua Tu?

Beli saham memang mudah. Sangat mudah. Tapi menguruskannya memerlukan masa dan komitmen. Maka perlu ada sistem yang baik untuk memastikan pelaburan kita dibuat secara bersistematik. Sekarang bukan lagi masa nak melabur ikut sedap hati.

Melaburlah secara bersistematik, jika tidak mampu dapatkan bantuan profesional.

Penulis: Suzardi Maulan, IFP, juga lebih dikenali sebagai Pakdi. Budak Jawa hensem yang bantu busy professionals ada cukup duit untuk retire.