≡ Menu

7 Langkah Memulakan Pelaburan Saham Untuk Pelabur Baru

Tak ada orang yang lahir-lahir terus pandai melabur saham. Semua pelabur bermula dari zero. Buat dulu dan sambil tu terus belajar dengan terus beli saham. Macam ini:

1. Terus bukan CDS / trading account dengan mana-mana syarikat broker atau bank pelaburan. Kos buka akaun ini RM10 sahaja. Senarai syarikat broker ini ada di laman web Bursa Malaysia.

2. Proses buka akaun ke tanya syarikat broker tu. Benda pertama lepas dah akaun dah selesai buka ialah belajar guna online trading platform tu. How to buy, how to sell, macam mana nak masukkan modal dan seterusnya. Perkara-perkara teknikal semacam itu.

3. Dah tahu nak guna online trading platform terus masukkan modal. Berapa banyak? Gunakan modal yang mana kalau rugi 100% sekali pun tuan puan takkan menangis. Sebab ini baru bertujuan nak belajar kenal pasaran saham dulu.

4. Terus beli 2,3 syarikat dulu. Hentam sahaja dulu beli saham apa. Sebab ini untuk tujuan belajar. Kalau ini pun tak berani nak buat susah lah.

Itu sahaja ilmu ‘pelaburan’ yang tuan perlu tahu… setakat ini.

Kita membuat pelaburan pertama dalam keadaan kita masih bodoh dalam logik pelabur saham. Pembelian-pembelian tersebut memang DIJAMIN rugi. Tak perlu takut dengan kesilapan. Tak buat silap, tidak akan jadi pandai.

5. Baru pergi kelas dan belajar. Ikutlah nak baca buku sahaja ke, pergi kelas ke, coaching saham ke. Mana-mana. Asalkan cikgu saham tu bukan kaki penipu yang claim boleh buat untung hari-hari.

Ni nak promosi sikit, kalau nak belajar cara beli saham gaya pelabur, sila mula baca – Nota Labur Saham Untuk Pelabur Baru

6. Kemudian belajar dari kesilapan masa beli saham pada langkah #4. Sebab pengalaman adalah guru terbaik dalam hidup. Kenapa waktu belum ada ilmu kita beli saham tu dan bila dah ada ilmu kita takkan beli saham yang sama?

7. Buka akaun dah, beli saham dah, belajar cara yang betul beli saham dah. Masih tak boleh lagi nak urus pelaburan saham sendiri? Maka barangkali tuan puan lebih baik beli saham secara tidak langsung, sama ada melalui unit trust atau exchange traded fund (ETF) sahaja.

Penulis: Suzardi Maulan, IFP, juga lebih dikenali sebagai Pakdi. Budak Jawa hensem yang bantu busy professionals ada cukup duit untuk retire.