≡ Menu

7 Bumiputera Terkaya di Malaysia

Artikel ini adalah sambungan daripada artikel mengenai Senarai Orang Paling Kaya di Malaysia 2013.

Mari berkenalan dengan 7 orang bumiputera terkaya di Malaysia.

1.  Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary

images

Melalui Al-Bukhary Foundation, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary merupakan individu bumiputera terkaya di Malaysia dengan kekayaan berjumlah RM10.6 billion. Pengiraan kekayaan tersebut hanya tertumpu kepada syarikat awam berhad sahaja dan tidak termasuk syarikat-syarikat swasta kepunyaan beliau.

Beliau mempunyai kepentingan di dalam beberapa syarikat besar di Malaysia, antaranya ialah Tradewinds Plantation Berhad, Padiberas Nasional Berhad, Malakoff Corp Berhad, DRB-Hicom Berhad,Pos Malaysia Berhad, Proton Holdings Berhad dan banyak lagi. AlBukhary Foundation juga aktif terlibat di dalam kerja-kerja kebajikan seperti pembinaan masjid dan penajaan pendidikan.

2. Tan Sri Azman Hashim

image

Tan Sri Azman Hashim melalui syarikatnya Arab-Malaysian Corporation Berhad mempunyai jumlah kekayaan bernilai RM3.84 billion dan berada di ranking ke -11 dari senarai 40 orang terkaya di Malaysia. Beliau memegang 16.8% saham di dalam AMMB Holdings Berhad. Kini, Ambank Group merupakan institusi kewangan kelima terbesar di Malaysia.

3. Datuk Mokhzani Mahathir

moh

Beliau memegang 15.9% saham di dalam syarikat SapuraKencana Petroleum Berhad yang bernilai RM2.669 billion. Merupakan syarikat cari gali minyak, SapuraKencana kini merupakan antara top five world-largest intergrated oil & gas services and solution. Mempunyai 9,000 pekerja di 20 buah negara seluruh dunia.

4 & 5. Datuk Shahril Shamsudin & Datuk Shahriman Shamsudin

shahrilandshahriman

Adik-beradik ini mencatatkan jumlah kekayaan bernilai RM1.642 billion (Shahril) dan RM1.641 billion (Shahriman) melalui pegangan mereka di dalam Sapura Group. Merupakan bisnes keluarga dan mempunyai beberapa pegangan lagi di dalam syarikat seperti Sapura Kencana Petroleum, Sapura Resources Berhad, Sapura Industrial Berhad dan masing-masing memegang 48% pegangan saham di dalam syarikat Sapura Holdings.

6. Datuk Kamarudin Meranun

kamarudin-meranun

Kawan baik kepada Tony Fernandes ini melalui syarikat AirAsia Berhad, mengumpul nilai kekayaan berjumlah RM1.316 billion. Beliau memegang saham AirAsia sebanyak 25.74% dan 40.23% di dalam Tune Air Sdn Bhd.  Beliau juga mempunyai kepentingan di dalam beberapa syarikat di bawah Tune Group seperti Tune Money, Tune Ins Holdings, Tune Ventures dan juga memegang 46.93% saham di dalam Aero Ventures Sdn Bhd.

7. Datuk Abdul Hamed Sepawi

abdul-hamed-sepawi

Mengumpul jumlah kekayaan bernilai RM570.4 juta melalui pegangannya di dalam syarikat Ta Ann Holdings Berhad. Terlibat di dalam industri pembalakan dan berpengalaman lebih 24 tahun di dalam bidang pengurusan hutan ini. Bermula pada tahun pertengahan tahun 1980 sebagai pemegang konsesi pembalakan, operasi perkapalan dan industri hiliran berasaskan kayu. Ta Ann juga terlibat secara aktif di dalam aktiviti penghutanan semula di Sarawak.