≡ Menu

6 Soalan Sebelum Memulakan Pelaburan

Apabila melabur kita mesti ada strategi tersendiri. Dari rumah nak tempat kerja pun kita adakalanya pakai Waze. Sebab nak cari jalan yang tak jem.

Maka sebelum mula melabur, bertanyalah soalan-soalan ini.

1. Kenapa Nak Melabur?

Namakan tabung-tabung pelaburan kita seperti:

  • Tabung nak pergi haji
  • Tabung untuk deposit pembelian rumah
  • Tabung pendidikan anak
  • Tabung persaraan
  • Tabung percutian

Dan lain-lain tujuan yang dirasakan perlu.

2. Berapa Banyak Modal Yang Ada Di Tangan ?

Pelaburan sudah tentu kena ada modal.

Jadi, berapakah modal yang dah ada ? Atau berapakah yang sanggup diperuntukkan setiap bulan untuk tujuan pelaburan.

3. Berapa Banyak Nak Untung

Dari jumlah modal di atas berapa banyak nak untung?

Jangan kata sebanyak mungkin yang boleh. Berilah matlamat. Kita bila pakai waze pun kita tetapkan destinasinya. Dan bukan tak tahu hala tuju.

4. Berapa Banyak Sanggup Rugi ?

Semasa melabur mesti terkena kerugian.

Maka dari modal yang disebutkan, berapa peratus yang sanggup rugi? 

5. Berapakah Kos Membuat Pelaburan ?

Sorry, no free lunch.

Dah tahu belum kos yang terlibat semasa membuat pelaburan ? Ada brokerage fee, ada cukai, ada management fee malah ada juga yang menetapkan redemption fee.

6. Siapa Yang Dapat Bantu Masa Pelaburan Rugi?

Kebiasaannya masa pelaburan tengah untung semua rasa dah power. Malah baru untung terpijak dah gelarkan diri sebagai sifu.

Holding power sebenar hanya dapat diketahui semasa kita rugi. Waktu itu lah sibuk nak cari sifu sebenar. Jadi, dalam saat-saat cemas macam itu siapakah yang dapat berikan nasihat untuk tuan sebagai pelabur?

Nak cari salesperson atau penasihat pelaburan sebenar?

Penulis: Suzardi Maulan, IFP, juga lebih dikenali sebagai Pakdi. Budak Jawa hensem yang bantu busy professionals ada cukup duit untuk retire.