5 Tips Berbelanja Elak Poket Kering Kontang

Bila dapat duit gaji. Simpan dahulu. Lebih baru belanja.

Macam kapal yang ada kebocoran. Jika tidak ditampal lama-lama tenggelam juga. Maka Buatlah 5 perkara ini.

1. Senaraikan Perbelanjaan

Berdasarkan perbelanjaan lepas, pecahkan kepada 3 kategori perbelanjaan:

  • Keperluan asas
  • Kehendak
  • Kemewahan

Tulis secara spesifik servis apa nak bayar, barang apa nak beli.

Untuk benda-benda besar yang bakal berlaku seperti musim raya, belanja anak sekolah, sambutan ulang tahun perkahwinan dan sebagainya. Maka merancanglah dari awal.

2. Gunakan Kaedah Sampul

Pada hari gaji terus pergi ATM dan keluarkan RM 1 ribu. Letak dalam sampul-sampul dan namakan setiap sampul itu seperti:

  • Dapur RM 500.
  • Susu anak RM 300.
  • Sekolah anak RM RM 200.

Dan seterusnya.

3. Tetapkan Masa Berbelanja

Pilihlah masa yang paling selesa untuk tuan sekeluarga untuk berbelanja dapur.

Jika berbelanja untuk keperluan raya puasa:

  • Pilihlah pada waktu pagi (orang yang pertama masuk kedai) atau pada waktu malam.
  • Beritahu anak-anak sehari sebelum berbelanja
  • Ingatkan sekali lagi ketika sudah mahu keluar dari pintu rumah
  • Tetapkan apakah tujuan keluar rumah, berapa lama yang diperlukan, supaya mereka dapat beri kerjasama ketika membeli-belah.

Emosi ibu bapa tak terganggu sebab kita dah sediakan anak kecil dari meragam.

4. Pilih Kedai Yang Menawarkan Harga Terbaik

Tetapkan lokasi lebih awal. Bukan ikut hati.

Ada kedai yang menawarkan harga lebih rendah untuk ahli. Yang lain menawarkan baucer dan kupon. Ada kedai yang menawarkan diskaun tak masuk akal. Sudah macam-macam  cara kedai nak tarik pelanggan.

Jika kita dah biasa kawal perbelanjaan, dah tahu kedai mana yang terbaik. Kebiasannya, puan-puan lebih peka bab sebegini.

5. Tinggalkan Kad ATM & Kad Kredit

Bawa senarai barang. Bawa sampul duit sahaja. Noktah.

Sharing is caring: