4 Panduan Urus Harta Apabila Sudah Berusia 35 Tahun

Usia 35 tahun selalunya menjadi tanda stability dalam kehidupan hari ini. Individu yang dah mencecah usia 35 tahun bukan lagi mereka yang baru memulakan hidup. Tapi ini adalah satu milestone yang penting dalam kehidupan seseorang.

1. Urus Tabung Persaraan

Berapa pendapatan pasif yang kita perlu waktu bersara? Darab dengan 25. Itulah jumlah modal yang perlu untuk sentiasa dilaburkan dalam pasaran menjelang usia persaraan.

Lebih 2/3 pencarum KWSP yang berusia 54 tahun dan ke bawah mempunyai wang caruman kurang dari 50 ribu ringgit. Berdasarkan sasaran KWSP, sepatutnya setiap pencarum ada paling kurang 228 ribu ringgit pada usia persaraan. Itu bersamaan dengan pendapatan sebanyak 1,267 ringgit sebulan selama 15 tahun.

2. Urus Estate Planning

Bila sudah mendekati usia 40 tahun, pelbagai sakit mula datang disebabkan. Bermaksud makin hari kubur kata mari, rumah kata pergi. Maka bersedia dengan:

  • Melantik wasi melalui wasiat
  • Melantik pemegang amanah melalui surat ikatan amanah
  • Melantik substitute guardian untuk anak-anak bawah umur.

Pelantikan ini perlulah dibuat secara bertulis dan sah mengikut undang-undang.

Apabila tidak membuat sebarang estate planning, maka kes harta beku pun mudah nak jadi. Sebab pertama tak ada ilmu nak urus pusaka. Kedua, tidak ada masa nak urus pusaka.

Di Malaysia, nilai harta beku untuk Muslim sekurang-kurangnya 60 bilion berdasarkan anggaran yang dibuat pada tahun 2016.

3. Reviu Polisi Takaful

Bukan bermaksud takaful yang dah ambil 10 tahun lepas tu tak bagus. Tapi cuma semak balik adakah keperluan hari ini masih sama dengan polisi takaful sedia ada. Sekurang-kurangnya 4 perkara kena disemak:

  • Income replacement untuk kematian dan lumpuh.
  • Income replacement untuk sakit kritikal
  • Income replacement untuk kemalangan
  • Medical card

Dulu ambil takaful ketika masih bujang, sekarang sudah berkeluarga. Maka sudah pasti ada yang tidak dilindungi jika tak buat reviu kewangan setahun sekali.

4. Senaraikan Harta Sepencarian

Buat senarai harta-harta yang diperoleh sepanjang tempoh perkahwinan. Kebiasaannya melibatkan rumah kerana ramai cuma beli rumah selepas berkahwin. Rumah atas nak suami tapi isi dalam rumah guna duit isteri.

Dokumen-dokumen seperti perjanjian jual beli rumah disimpan dengan baik termasuklah resit berkaitan yang dapat menjadi bukti ada sumbangan dalam harta tersebut.

Dapatkan Reviu Kewangan Bebas (Independent)

Sekiranya tuan puan mahu mendapat peace of mind dalam urusan kewangan, sila buat reviu perkara yang disebutkan dengan mana-mana perancang kewangan berlesen di Malaysia.

Sharing is caring: