4 Panduan Menjadi Pelabur Bijak

Pelaburan merupakan satu marathon dan bukannya larian pecut 100 meter. Oleh sebab itu kita perlu mengurusan portfolio pelaburan dengan bijak supaya kita dapat melintasi garisan penamat akhirnya.

1. Tahu Profil Risiko

Bila dah nak melabur maka kena tahu sama ada kita merupakan pelabur jenis apa.

  • Agresif
  • Sederhana
  • Konservatif

Profil risiko ini penting supaya kita dapat melabur dalam pelaburan yang sesuai dengan diri kita dan bukannya sebab dipujuk oleh ejen-ejen pelaburan.

Ada macam-macam pelaburan yang ada, yang mana satu yang sesuai dengan kita?

2. Ada Polisi Pelaburan Sebelum Melabur

Kita melabur untuk jangka masa panjang. Justeru, kita pasti berjumpa keadaan pasaran naik dan menurun dalam tempoh tersebut.

Polisi ini bertujuan kita sentiasa dalam laluan pelaburan yang sebenar supaya kita tak terbabas mengikut emosi, lebih-lebih lagi ketika pasaran sedang jatuh.

Ramai pelabur melabur tanpa mempunyai polisi pelaburan. Kesannya ramai yang membeli pada harga yang tinggi dan menjual ketika harga sedang jatuh dan akhirnya langsung tak buat untung.

3. Rebalancing Dari Masa ke Masa

Apabila dah melabur, ianya tidak berhenti di situ sahaja. Pelabur juga perlu sentiasa ambil perkembangan pelaburan tersebut.

Satu perkara yang perlu dibuat adalah memastikan asset allocation sentiasa betul dari masa ke masa. Apabila ada perubahan dalam asset allocation tersebut, maka perlu buat rebalancing.

Kaedah switching adalah satu taktikal yang baik untuk pelaburan unit trust. Pelabur saham juga pun perlu tahu masa yang baik untuk menjual sesuatu syarikat.

4. Dapatkan Nasihat Dari Penasihat Pelaburan Sebenar

Kita ada jurujual produk pelaburan dan juga penasihat pelaburan.

Jurujual produk pelaburan ini adalah ejen yang mewakili syarikat. Tugas mereka mempromosi dan menjual produk syarikat yang mereka wakili.

Manakala penasihat pelaburan sebenar mewakili klien. Penasihat pelaburan mewakili klien untuk mencari pelaburan yang bersesuaian.

Licensed financial planner merupakan salah seorang individu berlesen di bawah Suruhanjaya Sekuriti yang dapat menjadi independent financial adviser.

Penasihat pelaburan sebenar dapat membantu kita menghadapi situasi pasaran tengah jatuh melalui proses-proses yang disebutkan di atas supaya kita dapat membuat keputusan yang bijak semasa pasaran tengah jatuh.

Penulis: Suzardi Maulan, IFP, juga lebih dikenali sebagai Pakdi. Budak Jawa hensem yang bantu busy professionals ada cukup duit untuk retire.