≡ Menu

3 Jenis Orang Yang Beli Saham. Anda Yang Mana Satu?

Ada 3 orang beli saham syarikat Padini. Alah, syarikat yang jual baju tu. Yang ada pelbagai brand macam Seed, Padini Authentics, PDI, P&Co, Vincci, Brands Outlet dan lain-lain tu.

Walaupun ketiga-tiga orang ini beli saham yang sama, tapi hasilnya belum tentu sama. Kenapa?

Gambler

‘Kaki judi’ saham.

Dia dapat tips dari group saham yang dia sertai di media sosial. Buy Padini! Dia pun beli saham Padini. Tapi dia tak tahu kenapa dari banyak-banyak saham yang ada di Bursa Malaysia, saham tu yang kena beli.

Trader

Juga dikenali sebagai speculator. Pedagang saham.

Dia beli saham Padini sebab tengok carta harga saham. Letak indikator yang dia suka atas carta tu. Support, resistance, channel dan seterusnya. Beli saham Padini sebab dari analisa yang dia buat nampak ada momentum dapat berlaku.

Investor

Pelabur saham.

Investor beli saham sebab dia baca penyata kewangan dan melihat potensi bisnes Padini pada masa depan. Berapa sales, berapa cost of goods sales, profit margin, assets, liabilities dan seterusnya. Jadi dia dapat tahu sama sesuatu syarikat tu bagus atau tidak.

Beli Saham Sama Tapi Hasil Berbeza

Saham untuk jangka masa pendek, tak dapat dijangka. Syarikat bagus pun harganya pun dapat jatuh bergolek-golek. Syarikat tak bagus pun dapat melonjak tinggi harganya.

Harga pun Jatuh

Jadi saham Padini pun jatuh. Inilah yang dapat berlaku kepada ketiga-tiga orang tadi.

Si gambler gelabah. Nak kena jual ke tidak ni. Tak tahu nak buat apa. Blur. Jatuh 5% dia tak jual lagi. Nanti dah lebih 30% loss baru nak jual.

Trader cool lagi. Selagi mana belum cecah harga untuk cut-loss. Nak cut-loss pada paras berapa? Ikut perkiraan masing-masing.

Investor paling cool. Sebab inilah peluang nak memborong saham bagus pada harga yang lebih murah dari harga pembelian sebelum ni. Jatuh 15% beli. Jatuh lagi, beli lagi. Harga terus jatuh, beli..!

Harga Naik Semula

Saham Padini jatuh sampai 20 peratus. Sebelum harga naik semula.

Gambler baru jual. Elok je dia jual, harga pun melompat naik semula.

Trader dah jual pada loss 5 peratus. Jika masih berminat pada saham Padini, dia akan beli balik jika carta saham bagi signal buy.

Investor buy pada kejatuhan 15 peratus. Jadi, purata harga pembelian sahamnya menjadi semakin rendah.

Kesimpulannya, gambler saham adalah mereka yang sering buat rugi dalam pasaran saham. Bukan rugi sikit-sikit. Kemudian sibuk beritahu orang lain yang pasaran saham berisiko tinggi dan tak boleh buat untung.

Saya Adalah Pelabur

Ramai orang tanya saya, berapa peratus Pakdi cut loss?

Jawapannya ialah saya tak pakai cut loss seperti trader. Ya, saya ada jual saham dan merealisasikan rugi tapi bukan seperti yang difahami oleh trader. Sebab saya adalah investor saham.

Maka sekiranya kalian nak jadi pelabur seperti saya, sila subscribe Tutorial Saham dan mulakanlah misi pertama sebagai seorang pelabur. Klik sini: