≡ Menu

3 Cara Membuat Membuat Tabung Persaraan

Bila tuan sudah fikir untuk buat tabung persaraan (retirement fund) maka dapatkanlah nasihat kewangan secara profesional. Ini kerana membina tabung persaraan merupakan satu perjalanan yang sangat panjang.

Apa Itu Tabung Persaraan?

Sekurang-kurangnya ada 2 konsep umum tabung persaraan.

  • Mempunyai aset yang dapat menggantikan gaji. Antaranya seperti hasil sewa rumah, dividen dari saham atau bayaran kupon dari bon/sukuk.
  • Aset yang mencukupi, untuk dijual atau dicairkan. Jumlah aset tersebut hendaklah cukup sekurang-kurangnya untuk menampung perbelanjaan selama 20 tahun.

Bagaimana Nak Buat Tabung Persaraan?

Berikut ialah 3 pilihan yang ada.

1. Tabung Persaraan Secara Tunai

Kita melabur aset tunai  dalam harta seperti berikut:

  • Saham
  • Bon/sukuk
  • Unit trust
  • Private Retirement Scheme
  • Exchange Traded Fund
  • Real Estate Investment Trust
  • Hartanah

2. Urus Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Semua majikan dan pekerja sektor swasta ada akaun ini. Akaun KWSP ini ada kelebihan tersendiri yang dapat dimanfaatkan. Ini kerana sebagai pencarum kita mempunyai akaun 1 dan akaun 2 yang dapat digunakan untuk tujuan tertentu.

  • Akaun 1 KWSP

Optimakan pulangan dengan memilih untuk membuat skim pelaburan ahli sama ada dalam unit trust atau pasaran saham menerusi institusi pengurusan dana terpilih.

  • Akaun 2 KWSP

Sebagai alat untuk mengurus. Mudah-mudahan menjelang usia persaraan hutang sudah pun menjadi sikit atau sudah habis dibayar semuanya.

3) Pelan Anuiti

Anuiti merupakan kontrak kita dengan syarikat insurans / takaful. Selepas membuat pembayaran tertentu (accumulation phase) maka syarikat takaful tadi mula membuat pembayaran (annuitization phase) secara tetap.

Anuiti di Malaysia tawaran produknya tidak berapa meluas tetapi ada beberapa syarikat tertentu yang menawarkan produk ini khususnya kepada individu high net worth.

Penulis: Suzardi Maulan, IFP, juga lebih dikenali sebagai Pakdi. Budak Jawa hensem yang bantu busy professionals ada cukup duit untuk retire.