≡ Menu

15 Tabung Duit

1. Tabung Kecemasan

Supaya ada duit ketika waktu-waktu cemas.

2. Tabung Naik Haji

Mudah-mudahan dapat jadi tetamu Allah ketika masih muda dan sihat.

3. Tabung Deposit Rumah

Petanda kita memang mampu beli rumah sendiri.

4. Tabung Takaful

Berapa bajet sebulan?

5. Tabung Buku

Satu bulan satu buku baru.

6. Tabung Pendidikan Berterusan

Setiap tahun dapat pergi seminar yang bagus-bagus untuk upgrade diri sendiri.

7. Tabung Pelaburan

Supaya dapat melabur dengan duit lebih dan bukan melabur untuk cari duit lebih.

8. Tabung Persaraan

Supaya tidak jadi orang miskin pada umur 60 tahun.

9. Tabung Kahwin

Untuk yang masih bujang.

10. Tabung Sedekah

Ada orang yang lebih susah dari kita.

11. Tabung Musafir

Terbanglah untuk melihat dunia.

12. Tabung Enjoy

Nikmatilah habuan dunia seadanya.

13. Tabung Kereta

Apa yang penting geran ada di tangan.

14. Tabung Bayar Hutang Rumah

Debt free is a new BMW.

15. Tabung Amanah

Meninggalkan waris dalam keadaan kaya dan berharta itu lebih baik.

Penulis: Suzardi Maulan, IFP, juga lebih dikenali sebagai Pakdi. Budak Jawa hensem yang bantu busy professionals ada cukup duit untuk retire.