10 Perkara Yang Pasangan Baru Berkahwin Kena Buat

Mereka yang baru memulakan hidup berkeluarga perlu mendapatkan nasihat kewangan profesional. Supaya ada satu roadmap kewangan yang jelas.

1. Tabung Perbelanjaan Keluarga

Bila sudah berdua, maka perbelanjaan pun ada yang bertambah. Memang nafkah ini tugas suami tetapi tak salah jika isteri pun menyumbang sama dalam satu akaun khas untuk tujuan ini.

2. Tabung Pergi Haji

Sweetnya dapat pergi haji sama-sama ketika usia masih muda. Semak dengan Tabung Haji pasal giliran pergi haji. Giliran siapa lagi awal?

3. Buat Profil Faraid

Harta isteri harta suami. Harta suami harta isteri. Tapi bukan saling mewarisi 100 peratus. Ingat tu. Buat profil faraid cepat-cepat supaya faham.

4. Kenal Pasti Harta Sepencarian

Harta sepencarian adalah harta yang diperoleh selepas tarikh pernikahan. Jadi kena tahu harta mana yang lepas kahwin baru ada.

5. Tabung Beli Rumah

Untuk buat bayar deposit. Lepas dah tahu profil faraid, baru buat keputusan nak beli rumah joint-name, joint-loan atau nak beli rumah atas nama seorang sahaja. Banyak kesannya.

6. Belanja Pendidikan Anak

Hari ini kedua-dua suami dan isteri bekerja. Lepas dah beranak, maka habis je tempoh pantang anak kecil dah dihantar ke pengasuh. Kemudian, para sekolah. Kosnya tinggi. Ini belum masuk kos bila dah masuk sekolah rendah, menengah dan universiti.

7. Household Income Replacement Fund

Bila dah hidup berdua, lama-lama dah biasa belanja A, suami bayar. Belanja B isteri bayar. Jadi gaya hidup itu dibuat berdasarkan household income. Sekiranya apa-apa musibah berlaku kepada salah seorang, maka bolehkah kita teruskan hidup macam biasa?

8. Bayar Cukai Asing-Asing

Jika dua-dua ada gaji, ada pendapatan sendiri maka bayarlah cukai asing-asing.

9. Wasiat

Salah faham wasiat di kalangan Muslim ialah ramai ingat wasiat ialah dokumen bahagi harta. Itu cuma 50 peratus betul. Apa yang lebih utama ialah tanya isteri, tanya suami, sanggup ke nak turun naik pejabat tanah, pejabat pusaka, mahkamah untuk urus harta pasangan lepas dia meninggal nanti? Jika tak, lantik corporate trustee sebagai wasi.

10. Catat Hutang

Masa masih manis, you susah i tolong. Cinta punya pasal. Lepas sudah masam terus kena jerit – you tak ingat ke i yang bayar semua ni!

Jangan.
Jangan.
Jangan.

Maka jika dulu pernah beri duit kepada pasangan atas pelbagai sebab terus beritahu, catat jika pemberian duit tersebut adalah berdasarkan hutang. Jadi nanti bayarlah balik bila sudah senang.

Penulis: Suzardi Maulan (Pakdi) merupakan seorang investor, financial planner & trainer – pelaburan saham untuk persaraan.