Zakat Kepada Mangsa Banjir

Sedekah kepada mangsa banjir ?

Zakat kepada mangsa banjir ?

Mangsa banjir tak boleh claim insurans ? Apakah solusi yang ada… ?

Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan menulis:

… sebahagian ulama’ menganggap bahawa ia adalah bencana yang menyebabkan harta benda mereka musnah dan memerlukan kepada bantuan serta berhutang samada untuk diri mereka atau keluarga mereka. Justeru, kebanyakan ulama’ memasukkan golongan seperti ini dalam asnaf al-gharimin iaitu orang yang berhutang. Sebahagian ulama’ mensyaratkan jenis hutang ini adalah yang bersifat darurat dan keperluan dan bukan untuk kemewahan atau berfoya-foya.

Oleh kerana itulah kami menyatakan bahawa harus diberi zakat kepada golongan yang terkena mudarat atau bencana samada banjir besar, puting beliung, tanah runtuh, gempa bumi dan lain-lain yang menyebabkan rumah mereka musnah, tanaman mereka binasa, dan tidak ada lagi apa-apa yang mereka miliki. Mereka boleh dikategorikan sebagai golongan al-gharimin yang berhak menerima zakat.

Selain daripada nas di atas, jika dilihat kepada tafsiran ulama’ antaranya Mujahid yang berkata. 3 golongan boleh dikategorikan sebagai al-gharimin iaitu’ :

  • Lelaki yang hartanya dihanyut oleh banjir atau bah.
  • Lelaki yang ditimpa kebakaran yang menyebabkan musnah hartanya
  • Lelaki yang mempunyai tanggungan dan tiada baginya harta untuk dia infakkan kepada tanggungannya.

Selain itu, ulama yang meletakkan mangsa bencana alam sebagai al-gharimin adalah Imam al-‘Azim al-Abadi, Dr. Yusuf al-Qaradhawi dan Dr. Husamuddin bin Musa ‘Iffanah.

SS Dr Zulkifli juga menulis lagi:

Saya berpendapat harus untuk memberi zakat kepada mereka, sebagaimana pendapat-pendapat yang dikemukakan dan saya cenderung untuk mencadangkan supaya hendaklah diberi kepada Baitulmal …

Bacaan lanjut:

HUKUM MEMBERI ZAKAT KEPADA MANGSA BENCANA ALAM SEPERTI BANJIR DAN LAIN-LAIN

About the author: Suhaida Mahpot; Konsultan Kanan. Mahu menjalankan seminar & latihan pengurusan kewangan peribadi ? Sila hubungi kami melalui link berikut : www.afiqtraining.com

Lagi Artikel Menarik

Comments on this entry are closed.