WTF ? 23 Properties by 30. Buku Pelaburan Hartanah Faizul Ridzuan

WTF.

Sila jangan fikir benda lain.

WTF bermaksud:

1. What to find?
2. When to find?
3. Where to find?

Datang dari nama forum PropertyWTF.com.my yang mana tempat penulis buku ini, Tuan Faizul Ridzuan rajin berforum maya.

Buku ini dan forum sebegini menjawab persoalan saya siapa agaknya yang membeli hartanah di KL selama ini. Hehe. Rupanya beliau adalah salah seorangnya dari ribuan pelabur lain yang menyembunyikan diri selain dari nama-nama lain seperti Abang Ensem.

23 hartanah dalam sebelum usia 30 tahun.

Logik ke?

Jawapannya, pergi dapatkan buku ini di kedai-kedai buku berhampiran, baca, fahami dan penulis memberi peluang kepada kalian untuk terus bertanya.

Ada 7 perkara menarik dalam buku ini:

1. Membeli rumah pertama dengan menggunakan modal dari kad kredit. Pembaca sila jangan buat di rumah tanpa pengawasan pakar ya. (Ya, penulis telah pun disclaimer dalam buku tersebut)

2. Penulis memetik kata-kata Benjamin Graham. Pakcik Graham merupakan Dean of Wall Street. Orang main saham wajib tahu siapa dia ni. Namun, apabila nama beliau dipetik oleh pelabur hartanah maka ia sesuatu yang unik kerana orang Malaysia lebih kenal Robert Kiyosaki khususnya mereka yang berminat dengan hartanah (dan emas & perak)

3. Beliau bermain dalam niche tersendiri. Bukan semua jenis hartanah dia sapu. Apartment , condominium dan studio apartment di lokasi tertentu. Dia melabur dalam bidang yang dia senang menang.

4. Setelah mempunyai 2 hartanah dan cashflow RM 1,200 sebulan, beliau tidak menggunakan duit tersebut untuk membeli kereta, lesen kereta pun belum ada dan masih naik scooter.  Pembaca yang tidak setuju sampai nak marah-marah saya mengenai artikel pasal kereta sila baca buku ini.

5. Penulis mempunyai sistem tersendiri untuk mencari hartanah yang sesuai.

6. Walaupun telah ada sistem sendiri, penulis masih terbuka dan bersedia mendengar pandangan orang lain khususnya pelabur lain yang lebih senior.

7. Berkawan dengan orang yang betul. Jangan malu bertanya. Berada dalam kelompok yang punya minat yang sama.

Betul. Banyak lagi yang  beliau kongsi. Tapi takkan saya nak tolong kongsikan di sini. Terus dapatkan buku beliau ye.

Satu sahaja ‘kekurangan’ besar, buku ini ditulis dalam Bahasa Inggeris. Justeru, mereka yang kurang mahir membaca dalam Bahasa Inggeris, cepat-cepatlah memahirkan diri kalian ya.

Terima kasih Tuan Faizul atas perkongsian buku ini.

Facebook Tuan Faizul

About the author: Tidak ada masa urus pelaburan sendiri? Jika ya, sila klik sini — Konsultansi Pelaburan

18 comments… add one
  • amin007.ledang Jun 7, 2012

    23 hartanah? banyak tu …
    saya nak beli satu hartanah pun fikir banyak kali…

  • Zuhair Jun 7, 2012

    Kena beli. Baca dan amalkan. Antara buku pelaburan hartanah yang akan saya cari dan beli..

  • tuanbri Jun 8, 2012

    akan dialihbahasakan ke Bahasa Melayu….

    CUma akan mengambil masa…

    BUKU ini dikatakan WAJIB untuk semua peminat Hartanah!

    • Pakdi Jun 8, 2012

      Betul, lebih banyak orang kita terdedah dan termotivasi. Lebih baik dari habis duit gaji modify kereta.

  • Adi Jun 8, 2012

    Wajib beli ker?

    Bukan jangan beli ker? Bahaya…Nanti anda akan terpengaruh untuk beli rumah dan nampak beli rumah tu macam beli pisang goreng di pasar..

    haha..

    • Pakdi Jun 8, 2012

      Hehe… nampak macam mudah… Nampak jelah…

      • Hadi Anwar May 30, 2013

        hahaha. nampak mudah. try la beli 1. sy tunggu 1 bulan da hangin loan belum approve. cis.
        xpe. yang penting da mula…kan?

    • alhamidi82 Jun 12, 2012

      Memang nampak mudah..macam tengok messi main bola jer..hehe

  • Imran Jun 8, 2012

    Tak ke budaya macam ni yang buat harga rumah cepat naik jadi mahal dan tutup peluang orang lain yang takde rumah lg? Dari

  • mxudin Jun 10, 2012

    pak imran, inilah rakan2 bangsa tionghua buat utk tingkatkan ekonomi. Bukan tukar kereta baru tiap 5 tahun, apatah lagi modify kereta…tambah itu dan ini.

  • alhamidi82 Jun 12, 2012

    Bukan diorang ni yang speculate sampai harga rumah melambung-lambung. Walaupun kedengaran hebat dengan 23 bijik rumah, tapi hakikatnya masih lagi bilis dlm bisnes hartanah ni.. (maaf bukan merendahkan sape2..)

    Setahu saya, spekulator dalam hartanah kebanyakannya foreigner dan real property company. Mereka ni bukan beli dua tiga puluh unit, tapi beli keseluruhan projek dgn diskaun dan jual semula kepada local buyers. Beberapa projek di sunway dan PJ ‘dirembat’ sebelum sot launch lagi oleh pelabur Korea. Kemudian jual semula dgn keuntungan lebih 75%.

    Jika anda pemaju, mahukah anda menolak tawaran seperti itu? Kalau saya pemaju saya akan terima sebab bukan senang nak jual semua unit dalam masa yang singkat. Umumnya pemaju di Malaysia ni kena jual lebih 60% unit projek mereka baru boleh untung.

    • Hadi Anwar May 30, 2013

      bang… tu teknik flipping untuk hartanah. sebelum siap diorang da beli. ble siap harga lagi tinggi. orang pandai dan mampu je yang mampu beli camtu… mcm kite ni try la amik peluang. xguna tunjuk sane sini…kan?
      (just a piece of my mind)

  • Norazira Sep 16, 2012

    haha masa kat UM , kami panggil penulis Faizul ni sebnagai APAI…selamba jer budak nyer. tak sangka sungguh berjaya…tahniah…sy dah nak masuk 2 unit umur dah 31…malu gak ada kawan hebat tapi masih x khatam buku tulisan dia 🙁

  • zul Jun 8, 2013

    investment x bahaya, yang bahaya tu investor, nak minimisekan risk kenalah maximizekan knowledge first…….

Leave a Comment