Warren Buffett; Masa Terbaik Untuk Beli Saham

fea

Maksudnya…

Semasa pasaran saham tengah jatuh, itulah waktu paling baik untuk membeli.

Macam mana nak tahu ?

Surat khabar, televisyen, analyst, remisier / dealer dan gold bug semua pakat suruh jual secara berjemaah. Semua orang pessimist. Semua sudah putus harapan …
.

Namun nak menjadi contrarian ini bukan mudah.

Sebabnya macam joke tentang pasaran saham di bawah. Namun saya telah ubah menjadi sedikit versinya supaya menjadi lebih patuh Shariah. Ho ho ho.

Pada satu hari, seorang jurutera oil & gas sampai ke majlis makan malam yang menghimpunkan jurutera oil & gas yang lain. Malangnya dia lupa membuat reservation dan tempat telah pun penuh.

Lalu penjaga pintu dewan pun menghalang jurutera berkenaan dari masuk. Penjaga tersebut kata tempat dah penuh. Jurutera tersebut tak mahu terlepas acara yang gilang gemilang tersebut. Sebelum dia berundur, dia pun menjerit dari pintu dewan membawa berita palsu, “Kawan-kawan dalam tasik tu ada minyak!”

Maka berpusu-pusu para jurutera oil & gas keluar dari dewan berlari menuju ke tasik. Melihatkan keadaan dewan yang kosong, penjaga pintu dewan pun berkata kepada jurutera tadi, “Ok, jemputlah masuk, banyak tempat kosong tu.”

Tetapi apa yang berlaku adalah, jurutera tersebut ikut berlari sama dengan yang lain. Penjaga dewan kehairanan dan jurutera tersebut pun menjerit dari jauh, “Aku pun tak mahu terlepas dapat minyak juga!”

About the author: Mahu dapatkan khidmat coaching saham? Jika ya, sila klik sini — http://tutorialsaham.com/info

Comments on this entry are closed.