Video Motivasi: How Bad Do You Want it?

“Aku nak jadi jutawan!”

“Aku mahu rumah yang besar!”

“Aku nak hidup bebas hutang!.”

Mari kita fikirkan sejenak.

Adakah kita telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai impian yang kita mahukan? Adakah kita sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai impian tersebut? Atau ianya hanya sekadar cakap kosong dan angan-angan sahaja?

Mari tonton video berikut :

Video di atas mengisahkan seorang pemuda yang miskin dan homeless. Namun, keadaannya yang sebegitu tidak menghalangnya untuk mempunyai sebuah impian. Impian untuk mengubah hidupnya.

Sanggup gunakan duit simpanan dan duit yang diperolehi untuk belajar menuntut ilmu tinju. Sudahlah hidup pun tak terurus, duit yang dapat digunakan pula untuk belajar. Sepatutnya beli pakaian baru yang sudah lusuh sebegitu atau beli keperluan hidup lain yang lebih penting. Tetapi, beliau nampak value  ilmu itu sendiri. Hanya dengan ilmu sahaja dapat mengubah keadaan hidupnya sekarang. Ilmu meninju tidak ditulis di dalam buku, tetapi perlu belajar dari orang yang lebih berpengalaman.

Dia tak merayu kepada coach itu :

“Saya ini miskin, ajarlah saya meninju secara percuma. Diskaun 90% boleh tak?”

Bagaimana dengan diri kita? Adakah kita hanya berangan-angan Mat Jenin? Menjadi ‘Bangau oh Bangau’,  menyalahkan orang lain yang tidak membantu. Hanya menunggu rezeki datang bergolek sahaja dan tidak berusaha?

How bad do you want it?

About the author: Pakdi.net adalah blog milik Suzardi Maulan, yang juga dikenali sebagai Pakdi. Klik sini untuk profil lanjut.

4 comments… add one

  • Nice artikel Pakdi =)

  • syed Mar 14, 2013

    As salam Pak Di, bila next Bengkel Saham Masterclass? Terima kasih..

  • abdjabbar Mar 14, 2013

    Terbaik! Terima kasih Pakdi!
    Artikel dan video yang sanga baik untuk muhasabah. Di manakah kita?

Leave a Comment