Utamakan Membeli Makanan Berkhasiat, Bukan Habiskan Duit Untuk Kereta

Berdasarkan pendapatan isi rumah RM 3,626, sekiranya tuan dapat membeli rumah yang ideal dengan harga RM 130,000 sekalipun masih perlu membayar hutang rumah sekitar RM 650 setiap bulan untuk 25 tahun.

Jika membeli kereta Viva sahaja, maka membelanjakan sekitar RM 280 untuk tempoh 9 tahun.

Ini bermaksud, sebanyak RM 930 sebulan telah habis untuk hutang rumah dan kereta

Berbaki kira-kira RM 2696 lagi.

Ok.

Namun sekiranya membuat pembiayaan peribadi untuk renovasi rumah, dan juga berhutang untuk membeli peti sejuk, mesin basuh, televisyen, telefon bimbit dan terikat dengan komitmen tinggi bil Astro, maka jumlahnya semakin berkurangan.

Boleh beli, boleh buat renovasi cuma jangan beli secara installment bulanan atau berhutang.

Ini menyebabkan tuan mempunyai baki pendapatan isi rumah yang semakin sedikit yang dapat digunakan untuk membeli makanan yang berkhasiat, bukan sekadar nasi dan roti.

Makanan Berkhasiat Untuk Sel Otak Berhubung

Menurut Prof DiRaja Ungku Aziz, makanan yang berkhasiat adalah perbezaan utama anak-anak yang bijak dan yang kurang bijak. Bila anak-anak sudah jadi bijak, dapat masuk universiti.

Pendidikan adalah asas utama untuk mengeluarkan seseorang individu dari belenggu kemiskinan.

Dialog yang memberikan saya makna hidup…

(1)

+ Almarhumah emak: Kenapa abang tak mahu belikan rumah untuk anak-anak macam kawan-kawan abang ?

+ Almarhum bapak: Biar diorang beli harta sendiri. Abang cuma nak bagi diorang ilmu sahaja.

(2)

Almarhumah emak: Jangan mewah berbelanja melainkan dua, untuk beli buku (ilmu) dan makan.

Keluarga Jawa saya, walaupun cuma makan ikan kembung goreng (ya, dulu ikan kembung harganya murah) tapi setiap anak bahagiannya 1 ekor. Bukan 1 ekor berkongsi dengan 1 isi rumah.

Mahukah tuan keluar dari beban hutang lebih cepat dari jadual yang bank beri ? Sila klik link di bawah untuk maklumat lanjut:

www.panduancashflow.com

About the author: Suzardi Maulan, Islamic Financial Planner (IFP). Klik sini untuk info lanjut

Lagi Artikel Menarik

Comments on this entry are closed.