Usia Persaraan 60 Tahun

Usia persaraan 60 tahun.

Menarik atau terbeban?

Tenaga Nasional Berhad (TNB) menjadi GLC pertama yang menjadikan 60 tahun sebagai had umur persaraan wajib.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) muncul sebagai syarikat berkaitan kerajaan (GLC) pertama melanjutkan had umur persaraan wajib daripada 56 tahun kepada 60 tahun.

Ia diumumkan oleh PM, seperti laporan mStar Online.

Apa yang berlaku kepada TNB ini, yang mempunyai market capitalization RM 37 bilion sudah pasti bakal diikuti oleh GLC lain sedikit demi sedikit. Langkah ini nampaknya selari dengan permintaan KWSP yang meminta usia persaraan dilanjutkan kepada 60 tahun.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berharap kerajaan akan melanjutkan umur persaraan sektor swasta kepada sekurang-kurangnya 60 tahun daripada 55 tahun sekarang ini.

Perkara ini ada baik dan buruknya. Perkara baiknya adalah seperti:

Jika kita bermula menguruskan wang secara sistematik pada usia 35 tahun, kita masih ada 25 tahun untuk memastikan ianya berjalan mengikut apa yang dirancang. Dengan purata usia rakyat Malaysia sekitar 75 tahun, secara kasarnya ia dapat menampung kehidupan selepas bersara sekiranya ia dirancang dengan baik.

Perkara buruknya barangkali, bekerja sehingga 30-35 tahun seperti yang pernah saya tulis dalam entri berikut: Personal Money Wish List 2012.

Mungkin ada baiknya kita melihat usia persaraan wajib di negara-negara lain juga:

a. Singapura: 62 tahun
b. Thailand: 60 tahun
c. Indonesia: 60 tahun
d: Filipina: 60 tahun
e. Hong Kong: 60 tahun

Apa pandangan kalian?

About the author: Suzardi Maulan, Islamic Financial Planner (IFP). Klik sini untuk info lanjut

Lagi Artikel Menarik

10 comments… add one
  • Suhail Sep 4, 2012

    Kalau makan gaji, sesuailah bersara pada umur itu. Ayah saya bersara umur 56 tahun dan berasa bosan kerana duduk rumah (jaga cucu saja..hehe) tanpa bekerja mengerah minda dan tenaga.

    Tapi, jika yang bekerja sendiri, hanya bersara apabila ditamatkan kontrak hidup oleh Yang Maha Kuasa. Inilah impian saya pada masa akan datang.

  • Kenoi Sep 4, 2012

    salam.

    bagi saya semua bergantung kepada keadaan kesihatan atau tanggungan.
    pemerhatian saya di sektor awam, kebanyakan yang bersara pilihan adalah kerana tiada tanggungan (anak² dah bekerja sendiri) atau keadaan kesihatan yg tidak mengizinkan utk bekerja sehingga umur 60 tahun.
    namun ada juga yang TERPAKSA bekerja berikutan situasi yg tidak mengizinkan untuk bersara/berhenti kerja… wallahualam.

  • eezone Sep 5, 2012

    tak kisah la bersara pada umur bape pun…

    yang penting kita buat benda yang kita suka…

    kalau kerja sebab terpaksa, then sendiri mau ingat la..

  • Izzuddin Shah Sep 6, 2012

    Mungkin baik jika kerja yang dilakukan tidaklah terlampau berat. Tetapi perlu diingat juga baki hidup perlu diperbanyakkan dengan amal ibadah sebanyak mungkin. Kekangan masa di tempat kerja dan keletihan selepas bekerja menyebabkan kita kekurangan masa berkualiti untuk menambah saham pahala.

    • Din Sep 7, 2012

      Kalau kita niatkan kerja kita tu ibadah, xde masalah kerja sampai mati pun. Bahkan memang dituntut.
      “Bekerjalah kamu seolah2 akan hidup seribu tahun lagi dan beramal ibadahlah kamu seolah-olah akan mati esok hari.”

  • rashidi Sep 7, 2012

    ….in other words “Give me your money!!!” and let us “invest” it for you……

  • Mazlena Mazlan Sep 7, 2012

    Mungkin ada baiknya kita melihat usia persaraan wajib di negara-negara lain juga:

    a. Singapura: 62 tahun
    b. Thailand: 60 tahun
    c. Indonesia: 60 tahun
    d: Filipina: 60 tahun
    e. Hong Kong: 60 tahun

    cuba baca artikel ni pulak.. http://www.economist.com/node/21562195

    Negara2 Asia memang ada umur persaraan yang agak rendah, sbb historically jangkahayat kita rendah, tapi sekarang jangkahayat kita dah tinggi..lebih kurang 75 tahun…

    cuba buat perbandingan dengan negara maju. kebanyakan umur persaraan derang 60 tahun ke atas.

    • Pakdi Sep 7, 2012

      Menarik artikel tu. Terima kasih perkongsian.

  • drinspirasi Sep 8, 2012

    Memang perlu dinaikkan, sebab melihat pada jadual kemortalan aktuari untuk Malaysia pun sudah meningkat. Umur purata sekitar 70. Cuma memikirkan dai sudut kudrat, adakah kita masih mampu ketika umur 56-90.

  • umi maizatul Mar 8, 2013

    bosan sungguh

Leave a Comment