Upin Ipin: Episod Cari & Simpan (Duit)

Tahniah tim produksi Upin Ipin.

Episod ini mendidik anak-anak (malah ibu bapanya sekali) tentang cara buat duit dengan cara yang betul.

Kak Ros: Hah. Hey, akak suruh dapatkan duit bukan dengan cara meminjam. Kalau setakat nak pinjam duit orang memang lah senang dapat.

Upin: Bukan senang nak pujuk Ehsan.

Ipin: Betul betul betul.

Kak Ros: Kalau kau pinjam duit tu bukannya duit engkau, tu duit orang lain. Macam ni, ni duit siapa?

Upin Ipin: Ehsan…

Kak Ros: Haa… Pandai pun. Semalam kau dapat upah kenapa?

Upin Ipin: Sebab tolong atuk. Penat.

Kak Ros: Ha itu barulah duit korang sebab korang usaha sendiri. Faham?

Upin Ipin: Faham

Kak Ros: Nanti pulangkan duit Ehsan ni.

Semoga kesannya sama seperti episod berpuasa pada bulan Ramadhan.

email
About Suzardi Maulan

Pelabur hensem, penulis & trainer. Ketahui strategi-strategi ringkas untuk urus duit, buat duit & labur duit seterusnya menebalkan poket anda.

Comments

  1. Kita akan lebih hargai apa yang kita dapat daripada titik peluh kita sendiri.

  2. Terbaiklah cerita upin ipin ni. Tidak banyak cerita yang baik seperti ini di Malaysia.

  3. Suzardi Maulan says:

    Betul betul betul.

Speak Your Mind

*