Untung Ke Buat Loan ASB?

*Update 1 Ogos 2013.

Berikut adalah langkah-langkah untuk menilai baik buruk pembiayaan / pinjaman Amanah Saham Bumiputera (ASB).

1. Tuan perlu bandingkan berapa yang tuan dapat sekiranya perlu membayar misalnya, (A) RM 700 sebulan kepada bank dan (B) membuat simpanan sendiri RM 700 setiap bulan.

2. Sekiranya kita mampu bayar kepada bank jumlah sebanyak itu sudah pasti kita mampu buat potongan gaji setiap bulan tanpa perlu meminjam.

3. Setelah membuat kiraan (A), kira pula berapa banyak bank untung dari setiap RM 700 yang kita bayar itu tadi. Ini langkah (C).

4. Maka jumlah keuntungan sebenar untuk kita dengan membuat pembiayaan ASB adalah (A) – (C) = (D).

5. Sekiranya jumlah (B) lebih besar dari jumlah (D) maka sudah tentu lah menyimpan guna duit sendiri lebih untung. Jika sebaliknya, maka sebaliknya.

6. Pastikan kita tahu apa itu yang dikatatakan floating rate – BFR plus minus. Apa kesannya kepada hutang-hutang kita.

7. Sila buat pengiraan sebelum berhutang. Jika pengiraan untuk berhutang pun tuan suruh saya yang tolong kirakan, sila jangan berhutang ya. Itu maksudnya tuan belum cukup ilmu hutang lagi.

Flyers iklan loan / financing ASB.

Apa pandangan tuan puan?

Adakah tindakan ini satu perkara yang berbaloi-baloi?

Siapa yang ada pengalaman, pandangan sila kongsi di ruang komen.

p.s. Mahukah tuan dapat membayar hutang-hutang lebih cepat dari biasa. Info lanjut sila ke www.panduancashflow.com 

About the author: Suzardi Maulan, penulis buku Rancang Wang Dari Sekarang dan 2 tutorial online; Panduan Cashflow & Panduan Saham Untuk Pelabur Baru. Sila klik sini untuk membaca profil penuh.

47 comments… add one

  • Emir M K Nov 26, 2012

    Salam Pakdi,

    Saya tidak mengambil “pelaburan” ASB ini kerana:
    - Pinjaman ASB akan memakan “credit limit” saya (had pinjaman bank) yang saya perlukan untuk pelaburan hartanah saya;
    - Kebanyakkan pinjaman ASB adalah berbentuk riba’.

    Namun ada rakan2 saya yang mengambilnya dan mendapat pulangan yang baik selepas 2-3 tahun (kerana tahun 1-2 kena bayar dulu dengan duit sendiri).

    Pandangan saya, jikalau individu tidak menggunakan credit limit yang ada untuk tujuan pelaburan / beli rumah / kereta, ada duit bulan2 nak bayar dulu pinjaman dalam 1-2 tahun, tidak kisah pasal riba’ (nauzubillahiminzalik), dan sanggup mengambil risiko dividen ASB jaduh di bawah paras faedah pinjaman (tidak lagi pernah berlaku), maka “pelaburan” ASB ini sesuai utuk mereka.

    • Emir M K Nov 26, 2012

      * …risiko dividen ASB jatuh di bawah paras faedah pinjaman…
      (typo)

      • fairuz binti ismail Jun 14, 2013

        Assalamualaikum,oh.. sy pn ad dnga mcm tu… sy dlam perancangan nak buat asb/pelaburan…jadi kt mne ye kalau kita nk buat pelaburan secara halal dan bebas dari islam?

  • hafiz Nov 26, 2012

    Salam Tuan Pakdi.net,

    Bagaimana pula dgn org yang membuat pelaburan asb,tetapi cukup shj 3tahun pertama,kemudian di menjual sijil pelaburan dan menerima wang setelah di kira semula, dan membuat semula sijil pelaburan untuk 3tahun berikutnya, dgn nilai yg lebih tinggi berbanding sebelumnya? bagaimana pula kiraanya itu?

  • nurindah Nov 26, 2012

    terlibat kerana kerja di firma panel bank harimau ketika mula-mula practice. untung la sbb drpd duit habis ntah kemana, dpt jugak dividen bulanan hasil “simpanan wajib” (utk byr asb loan). lepas empat tahun (lock in period), saya tebus semua, tutup buku loan bank rimau sbb katanya asb shubhah (setelah mendengar sendiri dr kwn yg buat research dan tanya org asb).

    secara kasarnya saya belanja lebih kurang rm8060 (utk empat tahun lebih), dan pulangan yg saya dpt (dividen tahunan) rm10700 (+-)

  • ahmad albab Nov 26, 2012

    menurut jdual diatas sbnrnya sama je keuntungannya yg diperolehi drpd kedua2 plaburn tsebut kerana peratusan pmbahagian untung n bonus adalh sama..untung stahun plaburan biasa rm304.50(hak kita spenuhnya) dan untung plaburan BIJAK(yg dikatakan bijak tu) rm4375.00(bukan kita punya pun)…..bila diperhatikan betul2 rm4375 ditolak dgn bayaran bulanan loan asb tersebut akhirnya untung bersih adalah sama dgn plaburan biasa..malah yg biasa tu lg untung krn loan ada intrestnya..

    Yang betul2 untungnya pelaburan BIJAK ni ialah pewaris..kerana?apabila investor tu mninggal walaupun baru 3bulan mlabur maka pwaris dpt smua plaburan 50k..loan asb dibayar oleh insuran..hehehheeh

    kalo plaburan biasa tu pewaris hanya dapat jela apa yg ada…syukurla pada xde.

    • MHusaini Nov 26, 2012

      Bukan macam tu, yang RM4375 tu memang kita punya pun. Kerana ia berdasarkan loan RM50000 yang awal2 dah dimasukkan. Jadual di atas cuba membezakan antara jika anda deposit tetap RM290 sebulan untuk ASB dengan bayar loan sebanyak RM290 sebulan. Yang bezanya, jika bayar RM290 sebulan tunai ke, keuntungan tahunan ASB ialah RM304, sebaliknya jika kita dah lump sum loan RM50k, keuntungan tahunan ialah RM4375 (duit kita)..bulan2 still sama macam deposit biasa RM290. Macam tula yang saya faham.

  • huzaifi Nov 26, 2012

    Bayar rm290 tu x membayar pokok LASB. Kena ambik kira berapa kadar faedah bank letak.

    kalau kire skali zakat yang wajib dikeluarkan, berapa je yang tinggal.

    muungkin lebih baik simpan d tabung haji je..

  • ubaid Nov 26, 2012

    Ape pandangan Pakdi pulak pasal hal nie?

    • Suzardi Maulan Nov 26, 2012

      Saya lebih prefer cash basis berbanding financing. Walaupun nampak lambat. Tapi apa RM 1 yang kita ada tu memang kita punya.

      • hazer Sep 8, 2013

        Pak di, since sy tgk ada pros n cons, sy buat dua2, financing and cash basis..dividend sy gune untk insurance + pelburan.. ;)

  • najib mokhtar Nov 26, 2012

    mana2 pon bank jugak yg untung..xkn dorg nk rugi..

  • wynn78 Nov 27, 2012

    sekarang ni loan ASB dah islamik,baru bermula bulan april 2012

  • sal msu Nov 28, 2012

    kuasa compounding dividen (snow ball effect) sebanyak 7% melalui ASB Financing lebih cepat untuk mencapai jutawan berbanding simpanan sendiri . kalau boleh simpan sendiri setiap bulan rm1110….lebih baik buat financing untuk simpan rm1110…

    • Cyber99 Nov 28, 2012

      Saya setuju….dipetik dr forum

      PERBANDINGAN LOAN ASB vs SIMPAN SENDIRI
      Buat loan 200K,Maybank,1162monthly.
      1. 215000
      2. 231125
      3. 248459.4
      4. 267093.8
      5. 287125.9
      6. 308660.3
      7. 331809.8
      8. 356695.6
      9. 383447.7
      10. 412206.3
      11. 443121.8
      12. 476355.9
      13. 512082.6
      14. 550488.8
      15. 591775.5
      16. 636158.6
      17. 683870.5
      18. 735160.8
      19. 790297.9
      20. 849570.2
      21. 913288
      22. 981784.6
      23. 1055418

      Simpan sendiri 1162,
      Monthly figure
      Month / Baki / Div monthly basis
      1/ 1162 /7.2625
      2/ 2324 /14.525
      3/ 3486 /21.7875
      4/ 4648 /29.05
      5/ 5810 /36.3125
      6/ 6972 /43.575
      7/ 8134 /50.8375
      8/ 9296 /58.1
      9/ 10458 /65.3625
      10/ 11620 /72.625
      11/ 12782 /79.8875
      12/ 13944 /87.15
      Total div 566.475

      1/ 15672.48 /97.95297
      2/ 16834.48 /105.2155
      3/ 17996.48 /112.478
      4/ 19158.48 /119.7405
      5/ 20320.48 /127.003
      6/ 21482.48 /134.2655
      7/ 22644.48 /141.528
      8/ 23806.48 /148.7905
      9/ 24968.48 /156.053
      10/ 26130.48 /163.3155
      11/ 27292.48 /170.578
      12/ 28454.48 /177.8405
      Total div 1654.761
      .
      .
      .
      Pada tahun ke-15 bulan ke-4 compunding dividend and pokok dalam asb sudah mencapai principal=199,864;
      cumulative dividen=143,834
      TOTAL = 343,698
      Start pada tahun itu anda tidak boleh menyimpan sendiri..so pada tahun ke-29 barulah dapat cecah jutawan..
      Yearly figure

      16. 397139.8602
      17. 426925.3497
      18. 458944.7509
      19. 493365.6072
      20. 530368.0278
      21. 570145.6299
      22. 612906.5521
      23. 658874.5435
      24. 708290.1343
      25. 761411.8944
      26. 818517.7864
      27. 879906.6204
      28. 945899.617
      29. 1016842.088

      So pada hujung tahun ke-29 barulah anda bergelar jutawan.

      Conclusion dia.
      Dengan loan anda akan bergelar Jutawan pada tahun ke-23 0r secara tepatnya pada tahun ke-24(consider loan amortization by 25years)
      Tapi dengan simpan sendiri pada hujung tahun ke-29/tepatnya tahun ke-30 barulah anda bergelar jutawan..Lambat 5 or 6 tahunkan..

      Tapi macamamana ROI dia?
      Loan serve 24 tahun = 1160*12*24 = 334,080
      Pada tahun ke-24 nilai bersih(tolak amortize) = 1,121,365
      ROI = (1,121,365-334,080)/334,080 = 235.66%
      Jika simpan sendiri
      Total menyimpan sampai tahun ke-15 bulan ke-4 = 1162 x 172(tahun ke-15 bulan ke-4) = 199,864
      ROI = (1,016,842 – 199,864)/199,864 = 408.76%

      So memang tidak dapat dinafikan ROI simpan sendiri dapat tinggi berbanding dengan loan. Cuma proses untuk menjadi jutawan menjadi lambat. Dan kaedah loan ASB ada kelebihan dia sendiri selain mencepatkan proses jutawan adalah, berinsyurans,berdisiplin,kemudahan rolling OPM dan banyak lagi.

      • epul Nov 30, 2012

        pening juga memikirkannya…

        simpan sendiri lambat jadi jutawan 5/6 tahun, but risk free.., no stress every year..

        stress free additional rewards nye dan tiada risiko

        loan? risiko BLR/interest untuk 24 tahun.., tiap2 tahun selama 24 tahun berdebar tunggu dividen annoucement yg tak gerenti kekal mininum 7% dan BLR yg rendah selama 24 tahun.. huhu.. 24 tahun lama tu. best part loan ada insurans… ape2 jadi pewaris untung.

        cepat sket jadi jutawan additional rewardnya tapi tiap2 tahun stress dan terdedah pada risiko …

        • MHusaini Nov 30, 2012

          Kalau ambil financing daripada bank rimau Islamik, part BFR tak gerenti rendah selama 24 tahun tu dah boleh tolak tepi, kerana ratenya takkan lepas maksimum 10% sahaja.

          http://maybankislamic.com.my/c_asb-financing.html

          Sekadar perbincangan jelah…

        • Anonymoose Jan 12, 2014

          Walaupun anda ambik loan 25 tahun, ada BFR ceiling. Itu satu. Satu lagi, anda boleh terminate loan kalau sekiranya kadar dividen ASB kurang daripada Effective Profit Rate.

          January 2014, kalau dengan Maybank Islamic, BFR – 1.15% untuk Pembiayaan (Loan) melebihi RM30,000. Current BFR is 6.6%. Therefore, Effective Profit Rate for the Bank is 5.45%. If we assume 8% dividend every year, anda masih buat net profit of 2.55%.

          Memang 2.55% tak banyak. Tapi anda perlu tau tujuan anda invest dalam ASB. Long Term or Short Term. Anda boleh simpan tanpa keluarkan sepanjang tenure? Anda ada duit lebih setiap bulan untuk top up ASB atau payoff the loan quicker than tenure?

          Nasihat saya, kalau anda tak boleh figure out apa yang saya nyatakan diatas, jangan ambil ASB Financing. Nanti anda akan terperangkap kerana belum cukup ilmu.

  • kenoi Nov 29, 2012

    terpulang kpd matlamat masing². ye saya setuju jika wat simpanan sindri lebih baik drpd buat loan, sekali lagi diulangi memasing ada matlamat kewangan sendiri.

    cuma nak betulkan beberapa fakta:
    1. loan ASB islamik dah ada (rimau), skg tepuk dada tanya iman
    2. jgn ‘salahkan’ zakat jika keuntungan berkurangan, itu kewajipan org Islam
    3. Majlis Fatwa Kebangsaan dah keluarkan fatwa ‘harus’, bagi saya tiada masalah utk labur ASB. Jika anda ada rasa was², maka hukumnya WAJIB tinggalkan. Tak perlu berdebat jika anda bukan arif ttg hal hukum hakam sebab jika anda ‘alert’ dgn hukum ASB, anda sepatutnya ‘alert’ dengan hukum WAJIB yg lain spt tutup aurat, fatwa merokok itu haram, insurans kereta bukan islamik dan lelain lg.

    sekian, terima kasih.

  • Santan_puaka Nov 30, 2012

    Saya bersetuju dengan Kenoi. Masing-masing mempunyai matlamat tersendiiri apabila melabur. saya dah stop labur dlm ASB but masuk Tabung haji sebab bagi saya TH bebas riba dan zakat dibayar bg pihak pendeposit. Mungkin TH rendah dividen, bagi saya tak mengapa, saya bukan kejar kekayaan dunia sahaja tetapi kekayaan akhirat sekali…

  • nashar Dec 3, 2012

    just utk pengetahuan,zakat yang dibayar oleh TH adalah zakat perniagaan bukannya zakat simpanan,jadi jumlah simpanan dalam TH yang cukup tempoh dan melebihi kadar kiraan simpanan,perlu juga di keluarkan atas zakat simpanan.betulkan jika saya tersilap.

    • MHusaini Dec 5, 2012

      Salam’alaik, itu di bank-bank Islam. Adapun di TH, memang pegawai LZS sendiri beri penerangan kepada syarikat saya kata, memang TH bayarkan zakat untuk pendeposit, bukan sekadar zakat perniagaan. Kerana itulah, jika kita ingin taksir zakat kita, semua wang yang telah kita deposit ke dalam TH boleh dikecualikan daripada kiraan zakat.

      • Suzardi Maulan Dec 6, 2012

        Betul tu tuan.

  • Mat Spek U.I Dec 4, 2012

    Tak kisah mana pun prefer cash ker prefer loan ikut kemampuan….janji kna pandai urus wang kalo tak termasuk dalam golongan belia muflis

  • rays Dec 4, 2012

    sy guna lasb sbg batu loncatan

    cth situasi g ni

    byr lasb 10 k..bln2 dlm rm 72 (anggaran)

    div wat byr roadtax kete

    sy ulang 25 thn….

    sy akan dapat 25 thn roadtax kete + asb 10 k

    berbanding sy terus je byr roadtax kete dgn menyimpan rm 72 sebulan…..

    MESTI UNTUNG YANG BAYAR DIRECT UTK ROADTAX KETE KAN…

    lasb dah de islamik loan….dr maybank….

  • rays Dec 5, 2012

    walaubagaimanapon….

    kita perlulah wat lasb ni ikut kemampuan..jgn ikut org lain….

    jika mampu 10 k….pe salah nye layan je 10 k..tak yah malu….

    plan2 rancang..n cuba tetapkan matlamat agar mampu wat max dlm lasb…..

  • zudy Jan 16, 2013

    Assalam smua,

    Sekadar bkongsi pgalaman..utk pendapat sy pula, sy dah 3 thn dgn loan asb ni..3 thn lps sy buat loan full rm200k dgn bank rimau..bln2 rm1162..utk thn 1st sy gunakan modal sy sdiri sbyk rm14k xsilap (lupa dah).. So thn ke 2 sy pusing div asb tu bln2…ada untung rm3k utk simpan/enjoy stiap thn.. Skiranya sy disiplin pusing div shingga hbs loan, makanya rm200k d tgn sy 20thn kmudian wp keuntungan bank hampir rm98k hasil pjanjian ini ..ini lbh baik rasanya utk sy sb sy xkn dpt simpan rm800 lbh slama sbln n slama 20thn..lbh baik ada dr xde smpanan tua sy..

    Namun sy juga bkira utk close loan ni sb ianye konvesional n sy xde rumah ptama lg..

  • Shane My Jan 22, 2013

    Hi there, sharing about ASB Loan in comparison with other methods of investment. Check it out at:

    http://invest-made-easy.blogspot.com/2013/01/investing-in-amanah-saham-via-personal.html

  • gondeng Mar 12, 2013

    jawapan santan puaka terbaekkk!!

  • manap Aug 14, 2013

    apa pn kita lupa nilai wang sekarang dgn nilai wang 20tahun akn dtg datang adalah berbeza, rm1000 sekarang mmg tinggi nilainya, tp 20tahun akn dtg akn jd mcm rm100 je.. baik simpan sendiri je

  • adha Aug 20, 2013

    Penilaian Semula Hukum Pelaburan Aamanah Saham Nasional (ASN ) Dan Amanah Saham Bumiputera (ASB ) Dan Seumpamanya
    2008/80/1 Muamalat/Ekonomi
    Tarikh Keputusan: 12 Apr, 2011
    Keputusan:

    Setelah meneliti setiap pandangan ahli mesyuarat dan hujah-hujah yang dikemukakan, maka Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke 2/2011 yang bersidang pada 12hb. April 2011M bersamaan 8 Jumadal Ula 1432H telah bersetuju memutuskan bahawa Pelaburan Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Seumpamanya adalah tidak halal kerana masih belum menepati hukum syarak dengan alasan seperti berikut:-

    Skim Amanah Saham Nasional ( ASN ) dan Amanah Saham Bumiputera ( ASB ) secara jelas terlibat dalam aktiviti pelaburan yang bercampur-campur antara patuh syariah dan tidak patuh syariah sebahagian besarnya adalah daripada sektor kewangan konvensional. Ini berdasarkan hadis riwayat Jabir Al-Ja’fi daripada Ibnu Mas’ud:

    ?? ????? ?????? ??????? ?????? ?????? ??????
    Maksudnya : “ Tidak bercampur antara yang halal dan yang haram, melainkan mengalahkan yang haram atas yang halal . ”

    Skim Amanah Saham Nasional ( ASN ) dan Amanah Saham Bumiputera ( ASB ) diklasifikasikan sebagai dana unit amanah tidak patuh syariah oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti kerana terlibat dalam pelaburan tidak lulus syariah iaitu pelaburan dalam kaunter perbankan konvensional berteraskan faedah melalui Maybank dan pasaran wang.

    Sumbangan kepada tidak patuh syariah adalah terbesar yang tidak bertepatan dengan kehendak syarak serta kadar yang berubah-ubah ini menyukarkan pelabur untuk membuat pembersihan terhadap hasil dividen.

    • zul Oct 19, 2013

      bagaimana dgn asw2020, seumpamanya kira termasuk juga ke

  • adha Aug 20, 2013

    patutla MAYBANK beria-ria suruh wat loan ASB…rupanya ASB labur balik kat dia…ciss….n ciss…n…cisss….say: CHESSSSSEEE

  • chibun7 Sep 26, 2013

    salam just sharing..
    saya buatloan asb 200k selama 25 tahun . so kena bayar dalam 1.2k sebulan setahun dalam 14.4 K.
    so minimum bonus dan dividen kena 7.2% keatas baru boleh pusing balik tahun depan.
    so saya pusinglah balik jadi modal saya hanya pada tahun pertama iaitu 14.4k je. katakana pada dividen die maintain 7.2 % je setahun makanya lepas 25 tahun saya akan dapat 200K betul tak.
    cuba kira kalau saya simpan 14.4K secara konvensional (mean tak pinjam loan). selepas 25 tahun hanya jadi rm 82 K je. memang buat loan ASB ini untung. cuma risikonya adalah jika dividen tidak sampai 7.2% atau BLR naik. kalo lebih 7.2% ada lebihan di tangan dan dividen 14.4K yang akan kita bayar untuk tahun berikutnya juga dibayar secara bertangguh disitu ada lagi untuk dalam 6oo ringgit.

    • MD Nov 7, 2013

      boleh bagi email encik? saya ada sedikit pertanyaan. mohamaddenielzainol@yahoo.com

    • afiq Dec 5, 2013

      14.4k setahun selama 25 tahun dapat 360k bro. mana dtg 82k? tp bg saya loan asb ni perit bayar masa 1st year je. tahun2 yg berikutnya dah x pening kepala sgt. apa kata dgn duit lebih yg awak ada pada tahun2 berikut tu awak simpan secara biasa je (sbb monthly loan asb boleh dibayar dgn dividen). atlis duit hasil drpd loan asb pun awak ada plus duit simpanan sendiri yg biase2 pun awak ada. kata lah setahun awak boleh simpan 14.4k, dalam masa 24 tahun dah ada 345,600k. jd 345,600k hasil simpanan sendiri selama 24 tahun (tolak setahun comit byr loan asb) + 200k loan asb selama 25 tahun = dalam masa 25 tahun awak ada 560k (secara kasar lah sbb loan asb ni bergantung jgk kpd rate2 nye). dan lg 1, boleh ke awak simpan 14400 setahun? bergantung kpd tahap disiplin awak..

  • ameer Oct 22, 2013

    Salam Pakdi, saya dah buat loan ASB pada tahun lepas. Masa tu memang tak tau lagi yang ASB ni syubhah. Saya plan nak invest dalam syariah compliant punya seperti TH dan AHB tetapi masih mempunyai lock-in period dalam loan ni. Apa pendapat Pakdi? Perlu ke saya cancel kan loan tersebut?

  • raimi Dec 26, 2013

    Berdasar pengiraan sy.

    based on 100k. Jika anda betul2 displin and tidak mengunakan dividen membayar balik sebalik nye compouding duit yg ader di dalam ASB.

    Jika Loan amount 100k bulanan dalam anggaran rm600 sebulan

    Jika anda bayar untuk 1 tahun = Rm 7200
    Jika 10 Tahun anda bayar = RM 72000

    Jumlah Pokok yang berbaki selepas 10 Tahun anggaran dalam 80k

    Di mana anda telah membayar dalam 52k adalah interest selama 10 tahun
    dan 20k sebagai pokok sahaja.

    Jadi Selepas 10 tahun dalam ASB baki anda mempunyai anggaran 96k jika dividen ASB kekal 7%. Pengiraan berdasar kan 7% sahaja

    Jadi anda kuar kan 80k pegi tebus dekat bank anda akan memperolehi 100k sijil ASB bersamaan 16k cash dalam ASB

    Jadi anda ade anggaran 116k dalam masa 10 tahun.

    Kebaikan / keburukan adalah anda membayar bank interest yg begitu byk.
    wlpn ader juga kebaikan kepada anda.

    yang penting berdisplin. anda akan capai cita2 anda.

    Year/Loan amount $100,000.00
    1 year $107,000.00
    2 year $114,490.00
    3 year $122,504.30
    4 year $131,079.60
    5 year $140,255.17
    6 year $150,073.04
    7 year $160,578.15
    8 year $171,818.62
    9 year $183,845.92
    10 year $196,715.14

    • pena muda Jan 28, 2014

      memang kalau diikutkan daripada kita menyimpan sendiri di bank, lebih baik kita membayar pinjaman atau dalam kata lainnya pembiayaan ASB nih untuk pelaburan.

      kita mana ada duit banyak nak melabur kat ASB ni tapi bila nak pinjam bank semestinya terkena juga bunga/riba yang ada. bank memang banyak juga dapat untung daripada kadar faedah yang diperoleh. memang kita pun nak elakkan daripada urusan riba tapi nak buat macam mana orang yang tak berduit banyak ni susah kalau tak mulakan sekarang. (fyi, sy baru start buat asb loan dgn bank rimau sejak apr 2013)

      harap-harap bank ni jauhkan perbuatan menekankan peminjam macam saya ni. baru saja nak menapak dalam zaman bujang ni. kalau nak untung boleh, tapi janganlah terlalu ambil untung sangat. banyak lagi orang yang susah kat bawah-bawah ni yang belum faham pelaburan boleh dihimpit masalah kewangan. belum lagi dengan pinjaman untuk perumahan, tanah dan sebagainya.

      sekadar luahan, terima kasih membaca..

    • Firdaus Mar 12, 2014

      Salam, raimi. Sepengetahuan saya, Sebenarnya wang dividen dari loan asb tu bila hujung tahun dia akan dimasukkan terus dlm akaun asb kita. Ia sebenarnya tidak di Compounding kan dalam duit pokok 100k yang kita pinjam di ASB tu. Akaun 100k loan tu berbeza dengan akaun keuntungan dividen yg bakal kita dapat. Walaubagaimanapun, kita diberi altenatif lain untuk melaburkan wang kita dengan cara yang lebih patuh syariah. Banyak amanah saham islamic yang ditawarkan oleh bank bank terkemuka dan institusi kewangan di malaysia ini. Tabung haji juga tak kurang hebatnya. Bonus juga sekiranya anda anak peneroka felda. Saham felda patuh syariah. Dan dividen tahunannya adalah antara paling tinggi dan konsisten antara semua amanah saham patuh syariah di malaysia.. Hehe bolehlah cari calon isteri anak peneroka lepas ni ya… Tidak lupa juga. Kaunter kaunter saham syariah di BSKL. jika betul cara melabur, 300% ke 500% keuntungan memang boleh dicapai untuk tempoh masa 3 ke 5 tahun simpanan.

  • mohd asrul Mar 6, 2014

    saya lebih senang menyimpan sendiri.walaupun mampu untuk ikat 20-25 tahun tapi kalaulah ada kecemasan,terdesak nak pakai duit & hanya ada asb,payah jugak nak keluarkan duit tu sebab bukan duit kita

  • halim Apr 23, 2014

    Pak Di,

    saya ingin bertanya kpd sesiapa yg mempunyai jawapan.

    Apakah yg akan berlaku kepada nilai sudah bayar utk servis ASB loan, (say loan amt RM100,000 dengan pembiayaan selama 10 tahun) dan bayaran ansuran telah dibuat selama 7 tahun 8 bulan, jika;

    1- Account holder meninggal dunia- adakah terdapat tanggungan insuran dan si mati tidak berhutang? dan/atau adakah terdapat pemulangan/compensation susut nilai utk wang sudah bayar selama tempoh 7 tahun 8 bulan itu kepada waris si mati?

    2- Account holder ingin memiliki/membeli hartanah. Credit limit terpakai utk urusan ASB loan menghalang approval utk membuat term loan membeli rumah…apakah nasihat yg bagus utk account holder? bolehkah ASB loan ditamatkan lebih awal? apakah risiko yg bakal dihadapi oleh account holder jika memilih menamatkan ASB loan? jika ASBV loan ditamatkan, adakah terdapat refund sebahagian/penuh terhadap wang yg telah dibayar?

    Mohon pencerahan.

    Terima Kasih

  • anonymous May 7, 2014

    Sifir aku mudah je..

    Buat Loan Asb dgn CIMB 30 tahun..

    cth kalau 100k.. bulanan dia termasuk insurans rm555.
    rm55x12=6660

    kalau iko rate dividen 2014. 8.7%, so dapat rm8700
    dapat je dividen tu, trus bayar utk tahun kedua
    so RM8700-6660=2040

    rm2040 bleh la buat belanja.. aku buat 200k, so setiap tahun ada cash rm4080..
    buat mcamtu sampai 30 tahun..

    Tips aku.. mcam aku buat buat loan 200k..
    buat agreement asing2.. cth 50k 50k 100k ke..
    bukan pe.. kot2 10 @ 20 tahun nanti nak pakai cash ke..
    bleh la terminate salah satu..

  • Zaini May 29, 2014

    Park sini utk folo komen

  • rozi Jul 12, 2014

    Dah lama sy dengar asb ni haram. Ni terpulang pada individu itu sendiri. Sy sebagai seorang ajen unit amanah x blh memburukan syarikat lain semata-mata untuk mendapatkan keuntungan peribadi.

  • adams Jul 31, 2014

    gambar rajah tu pun dh salah kiraan..untuk yg byar sendiri bulanan tuh.. dividen tuh prorated.. kita bukan simpan lump sump setahun..dikira secara tambahan dari jan-dec.. mana boleh kali terus 3480 x 8.75% — Budus budus

  • Mohd Syahir Oct 18, 2014

    Bab halal haram ak dah atur ok dah semua.Ok pertama, aku mmg ikut fatwa Kebangsaan.Sbb mereka dah cakap “harus”.So apa2 jadi bukan salah kita, semuanya terletak dan ditanggung oleh panel majlis fatwa kebangsaan.Kerana mereka yg keluarkan fatwa.Then was-was tidak wujud dlm diri ak selepas fatwa ini.

    Lagi satu pula, loan ASB secara konvesional mmg haram disisi Islam.So dripada hukum harus ASB, dah jdi haram dah.Sbb ternyata konvesional mmg haram.So hnya Maybank Islamic shaja menawarkan pinjaman secara Islam.So ak pilih Loan AsB under Asb Financing -i.Bagi ak, kalau apa2 jadi, ahli panel Maybak Islamic yg akan tanggung sbb mereka yg sahkan operasi asb loan secara Islamic.Lagi sekali was-was dlm diri aku dihapuskan.

    So ak pun dah buat loan asb this year 200ribu.Utk makluman, umur ak skg bru 24..hehe..Ok then bulan2 ak bayar 1240 iaitu termasuk dgn wasiat dan insurans..Sijil 80k dan 120k..Saja buat asing sng nnti kalau ada apa2 masalah boleh cancel.Sebgai persediaan.

    Dividen utk 200k tu, dpt lah dlm 15ribu.So rncngn ak plak bukan guna dividen tu utk bayar ansuran setahun asb, tp ak guna utk kurangkan komitmen.Sbb ak ada 3 hutang.Pertama ansuran kereta 900 sebulan.Kedua hutang superbike 1000 sebulan.Dan ketiga hutang asb loan 1240 sebulan.Maka dgn duit dividen yg ak dpt awal tahun ni, ak nak hapuskan komitmen superbike ak tuk setahun.So bayar troz 12ribu.Maka baki 3000 guna utk roadtax superbike dgn kereta.So mulai next year, ak hnya tnggung 1240 asb dan 900 kereta.Superbike mcm dpt free je..hihihi.Superbike harga 150k.Rumah xd lgi.hahaha.Superbike pakai Islamic, Kad kredit pun Islamic, Kereta pun Islamic, ASB loan pun Islamic.Dan korang nak tahu, hati ak tenanggggg sgt tau sbb ak xterlibat riba dan dibawah transaksi Islam.Bg ak kalau ada riba pun, ianya bukan kesalahan ak lagi,tetapi dibawah panel2 syariah yg mengistiharkan sesuatu itu sebgai mengikut kehendak Islam.Sbb ak mmg dah pilih semua transaksi yg Islam kan.

Leave a Comment