Unit Trust Yang Paling Menguntungkan

Sehingga Jun 2016.

Ada hampir 200 dana unit trust patuh Shariah di pasaran.

Jadi nak beli unit trust ni memang mudah. Ejen pun ramai. Pakai duit KWSP boleh. Nak beli secara online pun dah senang. Setakat nak beli unit trust tu memang mudah. Cuma persoalannya, unit trust mana yang paling menguntungkan ?

Soalan itu sukar dijawab kerana tidak ada cara untuk tahu fund mana yang dapat mencatat return terbaik untuk tahun akan datang. Apa yang kita tahu cuma prestasi yang lepas.

Maka apa yang saya dapat kongsikan ialah 3 jangan semasa nak beli sesuatu unit trust.

1) Jangan Beli Unit Trust Sebab Tahun Lepas Menang Anugerah

Selalunya sesuatu unit trust itu menjadi popular apabila mencatat keuntungan paling tinggi seterusnya menang anugerah tertentu. Malangnya unit trust yang dilaporkan mencatat keuntungan paling tinggi sesuatu tahun, tidak semestinya menang pada tahun berikutnya dan akan datang. Sila rujuk nota-nota berikut:

Berdasarkan data kemaskini Disember 2016, seandainya kita membuat pelaburan lump sump pada 2012 berdasarkan fund ekuiti yang pernah menang anugerah pada 2012. Maka ini yang berlaku:

Kenanga Syariah Growth mencatat annualised return 5 tahun 7.81%. Manakala Pacific Dana Aman ialah 3.08% Bukan lagi menjadi dana yang paling menguntungkan. Sebab ada dana unit trust dalam kategori yang sama ada yang memperoleh annualised return setinggi 13.35% & 11.41%

2) Jangan Beli Unit Trust Semata-mata Hukum ASB Haram

Maksudnya bukan tak boleh beli unit trust.

Tapi sebabnya mesti berdasarkan financial reason.

Sekiranya tidak berpegang kepada fatwa harus melabur dalam ASB, simpan dulu dalam Tabung Haji sampailah kita jumpa financial reason yang sepatutnya. Alternatif ASB bukan semudah beli mana-mana unit trust patuh Shariah. Itu tidak betul dari sudut fiqh al-istithmar.

3) Jangan Beli Dengan Ejen Yang Promosi Return 10% – 15% Setahun

Unit trust jenis ekuiti banyak dipromosikan dengan gambaran return seperti ini.

Kebanyakan unit trust ekuiti adalah untuk capital growth serta mempunyai index benchmark tersendiri dan bukannya untuk memberikan pendapatan tahunan macam ASB dan Tabung Haji. Maka tidak wajar menjanjikan, menggambarkan dan memberi harapan tiap-tiap tahun dapat return semacam itu.

Berikut ialah prestasi tahunan satu dana yang patuh Shariah dan ianya sering dipromosikan oleh ejen-ejen mereka. Annual return sebenarnya adalah turun naik malah ada tahun-tahun yang rugi! Apa yang sepatutnya dilihat ialah prestasi dana tersebut dibandingkan dengan benchmark yang diguna pakai.

Jadi apakah yang dimaksudkan dapat return 10% – 15% tu ?

About the author: Suzardi Maulan, seorang Islamic Financial Planner yang membantu individu untuk memulakan tabung persaraan — Klik sini untuk info lanjut

Comments on this entry are closed.