Undilah Saya, Saya Ada Kuasa Ajaib Mengurangkan Beban Rakyat

os

Pada tahun 1919, di Kansas, Amerika Utara ada seorang ahli silap mata bernama Oscar Zoroaster Phadrig Isaac Norman Henkel Emmannuel Ambroise Diggs. Panggil dia Oz.

Oz hatinya baik tetapi dia nakal & licik. Macam belut.

Satu hari dia didapati menggoda isteri pemain sarkas lain dan melarikan diri menggunakan belon panas. Malangnya puting beliung melanda dan dia terdampar ke satu dunia baru, tanah Oz.

Theodora The Witch menjumpai Oz di sungai dan memberitahu satu ramalan yang dipercayai oleh sekalian penduduk tanah Oz; sesungguhnya akan datang seorang ahli sihir yang dapat menyelamatkan mereka dari cengkaman jahat The Wicked Witch. Oz sangat teruja mendengar ramalan tersebut. Wicked Witch adalah Evanora, kakak kepada Theodora.

Dalam pengembaraan menyelamatkan tanah Oz, Oz berjumpa dengan Glinda, The Good Witch of The South. Melalui Glinda barulah Oz tahu cerita yang sebenar, siapa yang baik dan siapa yang jahat.

Sebenarnya Glinda tahu Oz tidak punya kuasa magik tapi tahu hatinya baik. Lagipun inilah kesempatan yang Glinda ada untuk meyakinkan rakyat jelata tanah Oz, sesunggnya ahli sihir yang diramalkan itu telah datang dan kuasa jahat Wicked Witch dapat digulingkn.

Ya, dengan bantuan teknologi ciptaan Oz, The Wicked Witches berjaya dikalahkan.

Rakyat tanah Oz pun percaya tentang kekuasaan & kesaktian Oz, the Great & Powerful.

1939, seorang kanak-kanak bernama yang juga dari Kansas, Dorothy Gale mengalami kejadian yang serupa seperti Oz. Untuk pulang ke Kansas, The Good witch of North memberitahu agar dia dan rakan-rakan berjumpa dengan The Wizard of Oz di Emerald City.

Wizard of Oz, atau Oscar Zoroaster Phadrig Isaac Norman Henkel Emmannuel Ambroise Diggs tahu dia cuma seorang manusia biasa. Tidak boleh menunaikan hajat. Dia cuma ahli silap mata biasa sahaja. Pada mulanya Oz enggan berjumpa dengan Dorothy dan kawan-kawan. Oz, melalui kemahiran silap matanya berjumpa mereka dalam pelbagai rupa & bentuk.

Sehinggalah akhirnya, Oz menunjukkan dirinya yang sebenar. Sesungguhnya dia tidak mempunyai kuasa ajaib.

About the author: Suzardi Maulan, Islamic Financial Planner (IFP). Klik sini untuk info lanjut

Lagi Artikel Menarik

0 comments… add one

Leave a Comment