Travel Atau Beli Rumah Waktu Muda ?

travrum

Hm, sini aku cuba tolong.

Kita fokus untuk dua perkara ini saja.

1. Kau mesti pilih satu. Mesti satu. Iyalah, kalau kau mampu buat dua-dua tak adalah benda ini jadi dilema.

2. Katakan kau pilih travelling. Okay. Sekarang kau unlike dan unfollow semua benda yang berkaitan beli hartanah di usia muda. Jangan peduli bila rakan seusia beli hartanah ketiga. Like dan follow yang berkaitan travelling saja.

3. Sama juga bila kau pilih beli hartanah. Unlike, unfollow, keluar dari grup-grup travelling (baik geng backpack atau beg tarik). Trivago, Air Asia etc kau singkirkan daripada kehidupan. Kau fokus pasal hartanah saja. Kawan pun kawan dengan grup hartanah. Kalau kawan kau update hal travelling, kau scoll down laju-laju. Pejam mata, pekakkan telinga.

4. Benda ni jadi dilema sebab kau (dan aku pun sama lah ni) hidup di zaman lambakan informasi. Maka kau kenalah tapis bacaan dan circle of friends upaya kau tak lari fokus. Hidup kau, kau putuskan sendiri nak buat apa. Risiko memang ada. Sebab itu aku minta kau pilih kawan dan bacaan untuk tambahkan pengetahuan.

5. Untuk persoalan ini, itu saja aku boleh tolong. Hal tabungan mengerjakan haji atau nak majlis kahwin grand pakai gaun meleret macam Amyra Rosli, itu boleh sembang di tempat lain.
.

Nota ini disediakan oleh Naziatul Azrin, peguam. Beliau adalah penulis bab harta pusaka di Pakdi.net

Lagi Artikel Menarik

Comments on this entry are closed.