TNB Catat Untung RM 7.32b

tienbi

Dari Berita Harian:

Tenaga Nasional Bhd (TNB) mencatatkan prestasi cemerlang bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2016 dengan keuntungan selepas cukai RM7.32 bilion, peningkatan ketara berbanding RM6.06 bilion pada tahun kewangan sebelumnya.

Peningkatan berkenaan dipacu terutama menerusi pertumbuhan permintaan elektrik di Semenanjung Malaysia sebanyak empat peratus berikutan cuaca panas sepanjang tempoh suku ketiga tahun kewangan dikaji.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Seri Ir Azman Mohd, berkata prestasi tahun ini banyak dipengaruhi oleh momentum positif permintaan elektrik di Semenanjung Malaysia.

“Bagaimanapun, menjelang akhir tahun ini kami melihat corak penggunaan kembali normal mengikut keadaan cuaca yang sentiasa berubah. “Namun, kami menjangkakan permintaan elektrik akan terus meningkat seiring dengan pertumbuhan ekonomi negara,” katanya menerusi kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.

Pada tahun ini, terdapat enam projek penjanaan yang dijalankan serta menyumbang kepada pelaburan modal lebih tinggi sebanyak RM11.39 bilion, berbanding RM10.77 bilion yang dilaburkan tahun lalu. Daripada enam projek itu, kumpulan berjaya menyiapkan empat projek dengan jumlah kapasiti 1,892MW.

2016-10-28

About the author: Mahu menjalankan seminar & latihan pengurusan kewangan peribadi ? Sila hubungi kami melalui link berikut : www.afiqtraining.com

Lagi Artikel Menarik

Comments on this entry are closed.