Tips Memulakan Bisnes Sendiri

bissend

Ramai bertanya kepada saya tentang nak buat bisnes.

Khususnya mereka yang ingin mencari pendapatan tambahan.

Antara alasan yang diberikan adalah:

“Bosan.”

“Lambat naik gaji.”

“Politik pejabat banyak sangat.”

“Duit simpanan dah ada.”

“Dah penat kerja dengan orang lain.”

“Ada offer dari kawan jadi partner.”

“Dapat kontrak projek dari kerajaan.”

“Sudah sampai masanya saya buat bisnes sendiri kerana saya berjaya bantu bisnes syarikat saya bekerja sekarang.”

Dan macam-macam alasan lagi.

Soalan saya kepada kalian adalah:

  1. Apa sebenarnya sebab tuan puan mahu memulakan bisnes sendiri?
  2. Adakah tuan puan sudah bersedia secara mental dan fizikal untuk menghadapi dunia kerja sendiri?

Dunia makan gaji adalah dunia yang berbeza dengan dunia bisnes sendiri. Sangat-sangat berbeza. Seorang yang sangat berjaya naik pangkat demi pangkat misalnya tidak menjamin dia akan terus berjaya apabila memulakan bisnes sendiri.

Saya suka dengan kenyataan penulis buku Memulakan Bisnes Sendiri, Puan Ainon Mohd iaitu kita mesti kenal pasti jenis usahawan dalam diri kita. Ia bakal menentukan kita ini boleh buat bisnes goreng pisang atau bisnes trading atau bisnes belakang tabir atau bisnes network marketing atau bisnes franchise dan seterusnya.

Bukan itu sahaja. Ada banyak lagi panduan, kisah-kisah benar untuk pengajaran kita semua. Ingat, dunia bisnes sendiri ini satu dunia yang berbeza.

Jadi saya mencadangkan tuan puan yang sedang menimbangkan untuk meninggalkan dunia makan gaji untuk menjadi seorang usahawan supaya membaca buku ini terlebih dahulu.

Sila dapatkan buku Memulakan Bisnes Sendiri sekarang juga melalui link berikut:

–> Beli buku Memulakan Bisnes Sendiri 

About the author: Tidak ada masa urus pelaburan sendiri? Jika ya, sila klik sini — Konsultansi Pelaburan

Comments on this entry are closed.