Tips Kewangan Mahasiswa: Saya Ada RM 10,000 Apa Patut Saya Buat?

gradz

Soalan yang diterima dari Facebook Page:

Assalamualaikum,

Saya ingin bertanya. Sebagai student jika saya ada duit sebanyak RM10,000, bagaimana saya dapat menggunakan / menguruskan / melaburkan duit tersebut dengan cara yang bijak, sistematik dan halal di sisi islam?

NN.

Jawapan:

Waalaikumussalam saudari NN,

Alhamdulillah, ada sebahagian pelajar yang mempunyai rezeki lebih. Justeru saya kongsikan beberapa pilihan yang ada.

1. Simpan dalam akaun Tabung Haji

Dengan andaian pulangan 5% setahun selama 5 tahun, duit tersebut dianggarkan berkembang menjadi RM 12,762.82.

2. Simpan dalam Amanah Saham Bumiputera

Dengan andaian pulangan 8% setahun selama 5 tahun, duit tersebut dianggarkan berkembang menjadi RM 14,693.28.

3. Pelaburan hartanah

Memandangkan seorang pelajar tidak mempunyai pendapatan bulanan, jadi pilihan ini amat sukar kerana bank cuma beri pembiayaan kepada mereka yang ada pendapatan tetap sahaja.

4. Pelaburan saham

Perlu belajar dahulu, memang ada potensi dapat untung lebih dari TH / ASB. Tapi kalau tidak ada kemahiran melabur saham, duit tersebut pasti lebur begitu sahaja.

5. Invest yourself first

Utamakan ini dahulu.

Pada hakikatnya, RM 10,000 itu bukan sebanyak yang disangka.

Gunakan separuh untuk membeli buku berkaitan pengurusan kewangan, pelaburan & bisnes serta hadir ke seminar-seminar. Return on investment  (ROI) = infinity.

Separuh lagi simpan dahulu dalam TH / ASB.

6. Macam mana NN boleh ada RM 10,000 ?

Sementara buat #5, teruskan buat apa perkara yang menyebabkan NN dapat mempunyai RM 10,000 semasa masih bergelar pelajar.

Tahniah kerana berjaya menyimpan sebanyak itu pada usia muda!
.

Sekiranya kalian juga sama seperti NN, barangkali Nota Pelaburan Untuk Pelabur Baru dapat membantu untuk mula invest in yourself dulu supaya lebih bijak gandakan duit. Sila klik link berikut untuk mula membacanya konten-konten percuma / freemium yang disediakan –> www.laburduit.com

About the author: Sedang cari panduan urus gaji, urus hutang & pelaburan ? Untuk info lanjut sila klik link ini

Lagi Artikel Menarik

Comments on this entry are closed.